suria

Masalah bayaran sudah merebak macam kanser, Fauziah Nawi minta menteri campur tangan

Fauziah Nawi harap YB Fahmi Fadzil selesaikan isu bayaran penggiat seni.

ISU bayaran dalam kalangan artis bukan satu topik baharu dalam kalangan penggiat seni tanah air walaupun ada di antara mereka berulang kali menyuarakan perkara berkenaan.

Terbaharu, pelakon veteren Fauziah Nawi, 69, meluahkan rasa kecewa apabila masalah tersebut sudah menjadi sesuatu yang serius namun masih menemui jalan penyelesaian.

Selaku orang 'lama' dalam industri lakonan, Fauziah memberitahu dia juga bingung tentang tindakan yang sepatutnya dilakukan.

"Masalah karyawan baik yang belakang mahupun depan, masalah tak dapat bayaran... kena kencing perkara ini bukan saja dah jadi kudis tapi kanser dah merebak. Entah tak tahu apa nak jadi," katanya.

Fauziah luah kesalan berkenaan isu bayaran penggiat seni.

Fauziah berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Sabtu.

Tambah Fauziah, isu berkenaan sudah diadukan ke beberapa persatuan yang sepatutnya membela nasib penggiat seni.

ARTIKEL BERAKITAN: Fauziah Nawi dedah kereta terbakar 4 tahun lalu, pernah masuk cabutan bertuah harap menang kenderaan

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 2 tahun industri seni lumpuh, bajet RM177 juta daripada kerajaan bagai kejutan

Pun begitu, masih tiada perubahan positif membuatkan dia kembali bersuara.

"Persatuan dah tak boleh buat apa-apa, baik persatuan penerbit, Seniman atau FDAM (Persatuan Pengarah Filem Malaysia) cakaplah apa pun tak boleh buat apa-apa," katanya lagi.

Fauziah Nawi harap pihak menteri terkini bantu isu bayaran penggiat seni.

Sehubungan itu, dia berharap agar Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil boleh membela nasib penggiat seni yang teraniya itu.

"Mungkin YB Fahmi Fadzil menteri kita yang baru boleh tengok kot perkara ini.

"Saya tahu masalah ini bukan pada YB tapi mungkin YB boleh tengok-tengokkan manalah tahu dengan YB masuk campur perkara ini boleh dikurangkan walaupun tidak boleh dihapuskan sepenuhnya," luahnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain