suria

Tiga bulan batuk tanpa henti... Ezzaty Abdullah masuk hospital, Azwan Kombos berdebar tunggu laporan doktor

Ezzaty menunggu keputusan ujian CT scan untuk rawatan lanjut.

PELAKON Ezzaty Abdullah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kota Damansara, Selangor pada Isnin bagi menjalani pemeriksaan dan rawatan susulan selepas mengalami batuk sejak tiga bulan lalu.

Berkongsi perkara tersebut, suami kepada Ezzaty iaitu Azwan Kombos memaklumkan doktor telah menjalankan pemeriksaan ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) pada bahagian paru-paru dan masih menunggu jawapan pakar bagi mengetahui punca sebenar masalah tersebut.

ezzaty 1

Azwan memaklumkan zzaty kini sedang berehat di hospital.

"Sebelum ini pernah lakukan pemeriksaan X-ray dan diberitahu ada masalah di bahagian paru-paru. Hari ini (Selasa) doktor telah lakukan ujian CT scan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Keputusan akan dimaklumkan seawal esok.

"Sebenarnya sudah hampir tiga bulan dia mengalami batuk tanpa henti. Tiada sebarang masalah lain seperti demam atau sebagainya namun disebabkan komitmen kerja barulah sekarang dapat berjumpa pakar.

"Memang kasihan melihat dia mehanan sakit sehingga menggangu aktiviti harian," katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Ezzaty Abdullah timang anak lelaki, syukur impian bersalin hari Jumaat tercapai

ARTIKEL BERKAITAN: Dua jam tahan sakit, Ezzaty mengucap siap-siap sebelum teran... Genggam tangan Azwan Kombos sekuat hati!

Terdahulu, Ezzaty berkongsi foto dia berada di hospital berkenaan menerusi hantaran di Instastory miliknya.

Sementara itu, Azwan memaklumkan isterinya itu pernah mengalami masalah sama ketika masih kecil dahulu, malah lebih teruk apabila setahun mengalami batuk.

ezzaty 2

Ezzaty pernah alami masalah sama ketika kecil.

"Dia pernah beritahu mengalami masalah sama ketika kecil dahulu. Tak sangka pula pada usia sekarang ini ia terjadi lagi. Kami ingatkan hanya batuk biasa.

"Saya ada menenami dia ketika melakukan ujian CT scan. Keadaannya memang agak lemah. Pihak hospital juga mendapati terdapat lendir pada bahagian paru-paru dan telah dikeluarkan.

"Buat masa sekarang, dia diberikan rawatan antibiotik. Untuk rawatan selanjutnya bergantung kepada keputusan CT scan yang akan dikeluarkan nanti," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain