suria

Teruja berkongsi pentas dengan Sheila Majid, Padi Reborn anggap hadiah istimewa 25 tahun dalam industri muzik

Konsert Padi Reborn Live In Kuala Lumpur bakal diadakan pada 3 Disember ini.

BAKAL menghiburkan peminat sempena Konsert Padi Reborn Live In Kuala Lumpur pada 3 Disember ini, kumpulan popular dari Indonesia iaitu Padi meluahkan rasa teruja apabila diberi peluang berkongsi pentas dengan Datuk Sheila Majid.

Meskipun ini bukanlah kolaborasi pertama antara mereka berdua, Yoyo selaku pemain drum Padi Reborn memberitahu ini merupakan hadiah istimewa selepas 25 tahun berada dalam industri muzik.

"Kami sangat gembira kerana mendapat hadiah yang sangat istimewa iaitu dapat berkolaborasi bersama dengan penyanyi wanita terkenal Malaysia iaitu Datuk Sheila Majid.

"Kami semua merupakan peminat beliau dan sangat kagum dengan lagu-lagu yang dinyanyikan.

WhatsApp Image 2022-10-18 at 18.11.34

Padi teruja bakal berkongsi pentas dengan Sheila Majid.

"Ini merupakan kali kedua kami berkolaborasi bersama Datuk Sheila Majid selepas persembahan pertama mendapat sambutan luar jangkaan dalam kalangan peminat," katanya.

Padi berkata demikian menerusi sidang media konsert Padi Reborn 25 Years Live yang diadakan secara maya pada Selasa.

Konsert berkenaan bakal diadakan di Zepp Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: Padi Reborn kenang zaman bujang, karya terbaik dihasilkan ketika tinggal serumah

ARTIKEL BERKAITAN: Band Indonesia, Padi dedah tujuh tahun ‘berehat’ kerana ego terlalu tinggi

Kumpulan yang popular dengan lagu Kasih Tak Sampai berkata pada awalnya mereka enggan mengadakan persembahan di Malaysia tetapi bersetuju selepas mendapat permintaan tinggi dalam kalangan peminat.

Dalam masa sama, kumpulan ini juga yakin untuk mengadakan persembahan di negara ini kerana pernah berkolaborasi dalam pembikinan lagu Sahabat Selamanya sebagai OST bagi filem animasi Upin & Ipin pada tahun 2013.

"Sebenarnya kami tidak mahu meneruskan persembahan di Malaysia kerana ada beberapa kekangan tetapi setelah mendapat permintaan khusus dan kami memilih untuk meneruskannya.

Shiela Majid

Shiela Majid tetamu istimewa konsert Padi Reborn.

"Kami terkejut kerana kolaborasi bagi OST Upin & Ipin itu mendapat perhatian peminat yang sangat luar biasa.

"Peminat di Malaysia sangat hebat dalam memberi sokongan kepada kumpulan Padi," ujar Ari yang merupakan pemain gitar kumpulan Padi.

Selain Yoyo dan Ari, kumpulan Padi juga dianggotai oleh Fadly, Rindra dan Piyu.

Sementara itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Sheila berkata, sangat berbesar hati dan tidak sabar untuk bersama-sama dengan Padi bagi menjayakan konsert itu pada 3 Disember ini.

WhatsApp Image 2022-10-18 at 18.11.28

Padi akan mendendangkan lagu-lagu popular mereka di Kuala Lumpur.

"Saya sangat gembira dan teruja kerana dijemput sebagai penyanyi undangan bagi Konsert Padi Reborn 25 Years Live In Kuala Lumpur.

"Seingat saya kami tidak pernah mengadakan kolaborasi bersama dan pada tahun 2018 itu hanyalah berkongsi pentas sahaja.

"Saya berharap peminat akan datang dan memeriahkan lagi konsert Padi Reborn kerana ini merupakan kerjasama buat pertama kalinya antara kami," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain