suria

Personaliti televisyen Farrah Deeba sokong Caprice, mahu masyarakat sedar tentang modus operandi pemangsa seksual 

Farrah Deeba menyokong individu yang melakukan kesedaran umum berkenaan ‘sexual predators’.

PERSONALITI televisyen dan usahawan Farrah Deeba akan menyokong mana-mana individu yang melakukan kesedaran umum berkenaan 'sexual predators' yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

Farrah atau Farrah Adeeba Mohamed Ashraf, 44, berkata, dia turut menunjukkan sokongan terhadap tindakan penyanyi rap Caprice yang dilihat memperjuangkan isu berkenaan termasuk mendedahkan perbuatan gangguan seksual terhadap remaja di bawah umur.

Kata Farrah, sokongan itu diberikan kerana Caprice berjaya mendapatkan bukti-bukti yang jelas berkenaan jenayah yang dilakukan.

"Sebenarnya saya sokong sesiapa sahaja yang melakukan kesedaran awam berkenaan pemangsa seksual ini.

deeba1

Farrah menegaskan pendiriannya untuk menyokong melakukan kesedaran umum.

"Tambah pula jika ia melibatkan individu yang mempunyai akses kepada kanak-kanak dan remaja bawah umur," katanya kepada mStar.

Terdahulu menerusi Instagram miliknya, Farrah dilihat secara terbuka menyokong tindakan Caprice mendedahkan perbuatan gangguan seksual terhadap remaja bawah umur meskipun ada segelintir pihak menganggap perkara itu sebagai membuka aib.

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice tak tunduk desakan jangan campur kes jenayah seksual, bakal dedah lebih banyak bukti

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice tuntut PU Syed mohon maaf dalam tempoh 24 jam, tak teragak-agak dedah rahsianya pada umum

Dalam pada itu, Farrah berpendapat, tindakan dilakukan Caprice adalah salah satu cara untuk memberi kesedaran kepada masyarakat umum tentang modus operandi mangsa.

Dengan cara itu juga, ia dapat mencegah dan membendung kes seumpama itu terus berleluasa di masa hadapan.

"Bagi saya apa dilakukan Caprice sebagai salah satu cara mewujudkan kesedaran bahawa betapa seriusnya perkara ini.

farrah3

Antara hantaran yang dimuat naik di instastory.

"Maka tidak hairanlah dia menjadi platform untuk mangsa berani tampil ke hadapan dan mendapat sokongan membawa kes ke peringkat seterusnya," katanya.

Sementara itu, Farrah berkata, dia turut lantang bersuara mengenai isu tersebut kerana terdapat dakwaan kes-kes tersebut menggunakan pengaruh dan status untuk mendekati mangsa.

Dengan semua bukti dan pengakuan yang berjaya dikumpul, Farrah berkata ia jelas menunjukkan wujud satu jenayah bersiri dan tegar.

"Situasi ini sangat berbahaya kerana ia melibatkan si pelaku yang menggunakan pengaruh mereka untuk mendapatkan kepercayaan ibu bapa atau penjaga," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Aslam tak mampu poligami - Abby Abadi