suria

Caprice tuntut PU Syed mohon maaf dalam tempoh 24 jam, tak teragak-agak dedah rahsianya pada umum 

Caprice tuntut PU Syed membuat permohonan maaf kepadanya dalam tempoh 24 jam.

PENYANYI rap, Caprice memberi tempoh 24 jam kepada Pencetus Ummah (PU) Syed untuk membuat permohonan maaf secara terbuka susulan pendakwah bebas itu mengaitkan nama isterinya dalam satu hantaran di Instagram miliknya.

Caprice atau Ariz Ramli, 34, berkata, sekiranya PU Syed gagal berbuat demikian dia tidak teragak-agak untuk mendedahkan rahsia pendakwah berkenaan kepada umum.

"Salam PU Syed, Cap bagi hang (awak) 24 jam untuk buat permohonan maaf secara terbuka sebab tiba-tiba nak kait isteri saya dengan kes jenayah seorang PU.

"Apa kaitan? Kenapa nak tiba-tiba petik? Jangan sampai Cap bongkar rahsia PU pula dekat sini.

Caprice turut menunjukkan bukti sudah menghantar mesej kepada PU Syed.

"Tiada kaitan, jangan mula atau kita pun boleh mula," katanya.

Terdahulu, PU Syed menyangkal dakwaan bersikap pilih bulu ekoran mendiamkan diri daripada mengulas isu melibatkan PU Azman yang berdepan dengan lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: PU Syed bersuara dituduh ‘membisu’ isu PU Azman, tegur Caprice urus aurat isteri dulu

ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya ada lagi remaja terkena gangguan seksual selebriti agama... Caprice akan bantu mangsa

Menerusi hantaran sama, PU Syed turut menegur selebriti Caprice yang dilihat aktif melakukan siasatan sendiri apabila dikatakan terdapat mangsa yang mengadu menjadi mangsa kepadanya.

Malah pendakwah bebas itu meminta Caprice menguruskan soal aurat isterinya terlebih dahulu sebelum bercakap mengenai perkara lain.

Dalam pada itu, Caprice memberitahu dia turut menghantar mesej peribadi dan menelefon pendakwah berkenaan bagi menuntut penjelasan berhubung perkara itu.

Caprice menuntut PU Syed memohon maaf.

Caprcie berkata, dia tidak akan berdiam diri selagi PU Syed tidak membuat permohonan maaf kepada isterinya.

"Selagi hang tak minta maaf dekat isteri saya, hang akan betul-betul bertemu dengan Tiger of AlQuds.

"Jangan sampai Cap terus bongkar rahsia-rahsia yang CAp simpan satu tahun. Confirm lagi kecoh satu Malaysia," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain