suria

PU Syed bersuara dituduh ‘membisu’ isu PU Azman, tegur Caprice urus aurat isteri dulu

PU Syed tampil menegur Caprice yang dilihat rancak melakukan siasatan sendiri kes jenayah seksual.

PENCETUS Ummah (PU) Syed menyangkal dakwaan mengatakan dia bersikap pilih bulu ekoran mendiamkan diri daripada mengulas isu melibatkan PU Azman disebabkan pendakwah selebriti itu kenalan rapatnya.

PU Syed atau Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 40, sebaliknya menjelaskan dia memilih untuk berdiam diri kerana isu itu sudah menjadi kes polis dan sedang dibicarakan di mahkamah.

"Pelik juga bila kes yang telah disiasat dan sedang dibicarakan di mahkamah namun masih wujud puak-puak yang lama tak puas hati dengan ambe ni... untuk desak ambe ulas itu PU Azman. Ini salah seorang daripada mereka," katanya.

"Ambe (saya) bukan senyap sebab PU Azman ini kenalan kami, tetapi ia telah menjadi kes polis... sama seperti mana kes Ebit Lew, biar mahkamah tentukan.

78348365893659836583465464

PU Syed tampil menjelaskan berhubung dakwaan dia mendiamkan diri isu melibatkan PU Azman.

"Jika mereka bersalah, hukumlah dengan neraca keadilan yang ada namun jika mereka tidak bersalah maka mereka akan bebas atas tuduhan yang dikenakan.

"Netizen jangan nak jadi hakim sangat," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya ada lagi remaja terkena gangguan seksual selebriti agama... Caprice akan bantu mangsa

ARTIKEL BERKAITAN: PU Azman didakwa atas 5 pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap 2 remaja lelaki

Syed berkata demikian menerusi hantaran di Instagram miliknya sebagai menjawab pertanyaan salah seorang pengikutnya berhubung kes melibatkan PU Azman atau lebih mesra dengan sapaan Cik Man.

Pada Rabu lalu, PU Azman didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan atas lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai lalu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Jika kalian bertanya kepada ambe tentang PU Azman, demi Allah kami hanya tahu kebaikan beliau dan selebihnya itu kami tidaklah tahu menahu.

PU SYED

PENDAKWAH BEBAS

PU Azman bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan dikenakan ikat jamin berjumlah RM40,000 atas semua pertuduhan.

Dalam pada itu, menerusi hantaran sama, PU Syed turut menegur selebriti Caprice yang dilihat aktif melakukan siasatan sendiri apabila dikatakan terdapat mangsa yang mengadu menjadi mangsa kepadanya.

Malah pendakwah bebas itu meminta Caprice menguruskan soal aurat isterinya terlebih dahulu sebelum bercakap mengenai perkara lain.

PU Syed lantang bersuara mengenai isu-isu semasa.

"Bahkan sekarang Caprice juga semakin rancak up 'siasatan sendiri' dengan mengatakan ada 'mangsa' yang mengadu sendiri kepadanya.

"Untuk selingan, buat Caprice, urus aurat isteri dahulu, baru layak jadi Tiger of Al Quds!," katanya.

Tambah PU Syed, sebaik-baiknya perkara itu diserahkan kepada pihak berkuasa memandangkan kes melibatkan PU Azman masih lagi berjalan di mahkamah.

"Jika kalian bertanya kepada ambe tentang PU Azman, demi Allah kami hanya tahu kebaikan beliau dan selebihnya itu kami tidaklah tahu menahu.

1773840

PU Azman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Rabu lalu.

"Bukankah di Malaysia ini ada pihak berkuasa yang boleh diaju dan diadukan jenayah yang berlaku? Atau kalian sudah hilang rasa kepercayaan kepada sistem perundangan negara?" soalnya.

Terdahulu, Caprice mendedahkan ada menerima aduan daripada beberapa orang remaja yang tampil mendedahkan pernah menerima gangguan seksual.

Caprice turut mengutuk sebarang tindakan dan perbuatan pedofilia atau keinginan seks terhadap kanak-kanak.

Sehubungan itu, selebriti itu membuka ruang kepada mana-mana mangsa gangguan seksual untuk berkongsi kisah mereka dengan menghantar video sebagai bukti.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain