suria

Dua minggu berturut-turut di kedudukan teratas GV9, Jaclyn Victor tiada niat lancar perang

Jaclyn Victor hanya mahu memberi persembahan terbaik setiap minggu.

BERJAYA menduduki kedudukan pertama dua minggu berturut-turut, penyanyi Jaclyn Victor bukan ingin melancarkan 'perang' dengan mana-mana peserta Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9).

Jaclyn, 43, berkata, tidak wujud tentang bersaing dalam dirinya memandangkan semua peserta yang bertanding adalah sahabatnya sendiri.

"Seperti saya pernah beritahu, ia bukan fasal nak berperang atau tidak... setiap kali saya naik ke pentas, saya seboleh-bolehnya mahu menjadikan persembahan itu yang terbaik.

"Saya tidak perlu memang tetapi biarlah persembahan saya itu dapat memuaskan hati juri dan penonton. Itu yang saya selalu doakan," katanya.

Gandingan Jaclyn Victor bersama Aina Abdul dapat sorokan penonton.

Persembahan duet bersama Aina mendapat pujian ramai.

Jac berkata demikian ketika ditemui selepas pertandingan minggu kelima GV9 pada malam Ahad lalu.

Pada pertandingan itu, Jaclyn tampil bersama penyanyi Aina Abdul menyampaikan lagu Cinta nyanyian asal Marsha Milan Londoh.

ARTIKEL BERKAITAN: Perjuangan Pat Candy terhenti di minggu kelima GV9, Jaclyn Victor sekali lagi dapat markah tertinggi

ARTIKEL BERKAITAN: “Lagu hebat, penyanyi pun kena hebat” - Jaclyn Victor pilih Aina Abdul bukan mahu ‘perang’ vokal

Persembahan mantap mereka membolehkan Jaclyn mendapat markah tertinggi daripada juri iaitu 92.40 peratus.

Berkongsi pengalaman berduet bersama Aina Abdul, Jaclyn memaklumkan mereka mempunyai keserasian yang baik selain turut memahami kehendak antara satu sama lain ketika di atas pentas.

Tambahnya, dia kagum dengan pelatun lagu Semalam itu memandangkan Aina seorang penyanyi muda dengan bakat besar.

ASTRO_8886

Jac akui dia ada keserasian yang baik dengan Aina Abdul.

"Apabila berada di atas pentas kami tidak bercakap, rasanya kami ada keserasian yang baik sebab benda yang tidak diluahkan dengan kata-kata pun saya tahu apa dia fikirkan.

"Gerak tangan semua dia macam faham, saya suka berduet dengannya. Saya kagum dengan Aina sebagai seorang penyanyi.

"Dia masih muda tapi bakatnya cukup luar biasa... dia tahu ini pertandingan saya, kami bahagi tugasan dengan baik dan dia banyak memberi saya ruang," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Aslam tak mampu poligami - Abby Abadi