suria

“Jangan lupa asal usul” - Zamarul Hisham bagi nasihat kepada pelakon baharu, kongsi tip nama kekal relevan

Zamarul digandingkan bersama Bella Astillah dalam Aku Tanpa Cintamu.

MASIH ditawarkan peluang membawa watak hero dalam drama, pelakon Zamarul Hisham berkongsi tip kepada bakat baharu yang mahu kekal relevan dalam industri lakonan.

Kata Zamarul atau nama sebenarnya Zamarul Hisham Mohamed, 51, pelakon baharu ini haruslah mempunyai kesungguhan menjayakan watak diberi dan melakukan pekerjaan itu sebaik mungkin.

"Kalau boleh saya kongsikan kepada pelakon muda, setiap tanggungjawab yang diberi saya akan galas dengan penuh ketekunan dan kesungguhan.

"Mungkin itu yang saya amalkan daripada dulu, buat sebaik mungkin.

"Saya bukan orang yang bekerja sambil lewa. Bila dapat skrip, saya akan cuba jadikan skrip itu lebih baik," katanya kepada mStar.

Zamarul ditemui dalam sidang media secara virtual drama Aku Tanpa Cintamu (TV3) yang diadakan baru-baru ini.

zamarul1

Sikap tekun dan bersungguh membuatkan Zamarul masih diberi peluang membawa watak hero.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon baharu ‘demand’ dan besar kepala! Rashidi Ishak dah biasa hadap artis bermasalah, enggan tegur secara terbuka

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon baharu, Abbas Mahmood tak gila ‘spotlight’, akui nilai diri lebih tinggi daripada pengikut IG

Dalam pada itu, pelakon ini juga turut menjelaskan tiada beza antara pelakon baharu dan pelakon lama melainkan pengalaman.

"Kehadiran pelakon baharu ini sangat dialu-alukan kerana ia dapat memajukan industri hiburan tanah air.

"Mungkin kalau nak bezakan pelakon lama dan baharu, kami dilatih supaya menghargai tanggungjawab daripada bidang yang kita pilih," katanya.

zamarul

Nasihatnya kepada pelakon baharu, bila dah popular jangan lupa asal usul kita.

Dalam pada itu, Zamarul juga menasihati pendatang baharu agar tidak hanya sekadar mengejar populariti dan nama serta jangan sesekali melupakan asal usul.

"Sebagai anak seni kita kena bekerja dengan ikhlas dan bukannya hanya untuk mengejar nama dan popular.

"Nasihat saya ringkas sahaja, ingat niat kita berlakon untuk apa... andai kata kita berjaya masuk bidang ini, itu satu peluang untuk tunjukkan bakat.

"Bila orang suka lakonan kita, jangan lupa asal usul kita," ujarnya.

Drama lakonan Zamarul berjudul Aku Tanpa Cintamu bersiaran setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam.

Selain Zamarul, ia turut dibintangi oleh Bella Astillah, Jihaa Sham, Malek Mccrone, Mas Anizan dan Dato’ Sri Eizlan Yusof.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain