suria

Pelakon baharu, Abbas Mahmood tak gila ‘spotlight’, akui nilai diri lebih tinggi daripada pengikut IG

Abbas teruja dapat berlakon dengan Khatijah Tan, Normah Damanhuri, Raja Azura dan Rosnah Mat Aris.

HANYA mempunyai lebih 10,000 pengikut di Instagram, pelakon baharu Abbas Mahmood mengakui dia tidak pandai mempromosikan diri di laman sosial seperti rakan seangkatan lain.

Bagaimanapun, aktor berusia 24 tahun ini enggan terlalu mengharapkan pengikut di laman sosial untuk kekal dalam industri kerana menganggap dirinya mempunyai nilai tersendiri.

"Saya terfikir juga apa mereka (pelakon baharu) buat sampai dapat followers tinggi. Mungkin sebab mereka pandai ‘marketing’ diri dalam laman sosial.

"Mungkin silap diri saya sendiri yang tak pandai promosikan diri sendiri. Tapi tak kisah pun tentang followers sebab saya tahu nilai diri sendiri dalam kehidupan sebenar.

Niat saya dalam industri ni nak jadi contoh dan teladan yang baik.

ABBAS MAHMOOD

PELAKON

"Saya pun tidak akan buat sesuatu publisiti untuk diri saya. Niat saya dalam industri ni nak jadi contoh dan teladan yang baik.

"Ramai orang sekarang nak publisiti dengan memperbodohkan diri untuk raihkan followers dan berada dalam spotlight," kata Abbas kepada mStar.

Abbas ditemui ketika pratonton dan sidang media filem Tiga Janda Melawan Dunia di GSC Tropicana Garden Mall, Petaling Jaya baru-baru ini.

Menerusi filem arahan pengarah muda Hyrul Anuar itu turut dibintangi pelakon Khatijah Tan, Normah Damanhuri, Raja Azura, Rosnah Mat Aris dan Norman Hakim.

Abbas

Abbas bersama Normah Hakim, Ellysa dan Rosnah Mat Aris.

Berkongsi mengenai filem tersebut, Abbas mengakui dia berasa teruja berpeluang untuk bergandingan dengan barisan pelakon yang dianggap ‘mahal’.

"Saya bermula dengan berlakon teater dan sambung belajar di Aswara dalam bidang lakonan juga. Saya mula berlakon sebagai pelakon tambahan sejak 2015.

"Sudah tentu, bila saya dapat tawaran untuk berlakon dalam filem Tiga Janda Melawan Dunia ini satu peluang yang saya tak akan boleh tolak.

"Saya anggap peluang keemasan untuk serlahkan bakat dan bina nama dalam industri. Dapat pula digandingkan dengan barisan pelakon pada saya ‘mahal’," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain