suria

Simpan angan-angan anak belajar luar negara, Puteri Sarah siap ‘interview’ pelajar Turki… Bimbang jadi orang tak berguna, malukan keluarga

Puteri Sarah mahu anak-anak sambung belajar di Turki.

SETIAP ibu pasti mempunyai impian untuk melihat anak berjaya dalam pelajaran, begitu juga pelakon Puteri Sarah Liyana yang sudah membuat persiapan ke arah itu.

Menurut Puteri Sarah, dia mahu putera sulungnya iaitu Syaikhul Islam menyambung pelajaran di Turki, manakala anak perempuannya, Sumayyah pula menjadi doktor yang belajar di Egypt, Mesir.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Puteri Sarah nak kejar Lailatul Qadar di Makkah, harap pulang dapat petunjuk untuk kehidupan baharu

Bukan hanya bercuti sahaja, pelakon berusia 36 tahun ini juga mahu melakukan persediaan awal dengan menemu bual pelajar di Turki mengenai subjek pelajaran mereka di sana.

Puteri Sarah

Puteri Sarah berkongsi di Instastory.

"Dari sekarang, simpan angan-angan nak Syaikhul belajar dekat Turki. Sumayyah jadi doktor belajar dekat Egypt. Jadi, mulai sekarang kena terapkan bahasa Arab untuk mereka.

"Datang Turki ni sambil-sambil temu bual pelajar kat sini ambil subjek apa, persediaan semua, kena mula dari sekarang. Tak salah nak sasarkan dari sekarang.

"Jadi, boleh sediakan siap-siap anak-anak kena belajar apa supaya jadi orang berguna satu hari nanti," kata Puteri Sarah.

Tak nak nanti anak dah besar panjang jadi tak guna, kita dapat malu.

PUTERI SARAH

PELAKON

Pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu berkongsi mengenai impiannya itu menerusi laman Instastory miliknya.

Isteri kepada pengarah Syamsul Yusof itu bersama dua orang anaknya kini berada di Turki untuk bercuti selepas dari menunaikan umrah sejak 21 April lalu.

Dalam pada itu, pelakon drama Sabarlah Duhai Hati ini berharap dua orang anaknya itu sentiasa menjaga nama baik keluarga selain dan tidak menyusahkan ibu dan bapa.

Puteri Sarah

Puteri Sarah bersama dua orang anaknya.

"Jangan menyusahkan mama, ayah dan jangan malukan nanti nama mama ok Syaikhul dan Sumayyah. Buat saya bangga dengan belajar bersungguh-sungguh.

"Jadi somebody nanti Insya-Allah dan sebagai ibu bapa, kami cuba didik dan susun semua yang terbaik untuk anak-anak dari kecil lagi.

"Tak nak nanti anak dah besar panjang jadi tak guna, kita dapat malu. Apa-apa pun, berjaya dalam pelajaran, pergi terokai dunia dan balik dengan sesuatu," ujarnya.

Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Summayah, 2.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Tragis! Ibu maut disengat tebuan