suria

[VIDEO] Puteri Sarah nak kejar Lailatul Qadar di Makkah, harap pulang dapat petunjuk untuk kehidupan baharu

REDA dengan apa juga petunjuk yang bakal diterima, pelakon Puteri Sarah berharap doanya nanti yang bakal dititipkan di hadapan Kaabah akan menjadi jalan keluar daripada kemelut rumah tangga yang dihadapi sekian lama.

Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, berkata apa juga keputusan yang perlu diambilnya kelak bukanlah dilihat sebagai perkara buruk sebaliknya kehidupan baharu buat dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah hilang sabar, ‘warning’ Ira Kazar berhenti ganggu Syamsul Yusof! Label tiada maruah asyik kejar suami orang

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah lega luah kemelut rumah tangga, 4 tahun pendam... Bakal tunai umrah mohon petunjuk cari jalan keluar

"Walaupun banyak dugaan saya rasa tak sabar untuk kejar Lailatul Qadar dekat sana, saya mohon urusan saya dan anak-anak dipermudahkan.

"Semoga balik nanti ada keputusan gembira, InsyaAllah, tak kisahlah apa keputusan yang Allah bagi petunjuk, saya akan ikut.

"Moga ada jalan keluar dan penyelesaian... apa pun yang terjadi bukan perkara buruk kerana saya anggap itu kehidupan baharu," ujarnya kepada mStar.

puteri sarah 2

Yusof dan isteri turut hadir menghantar Sarah ke Tanah Suci.

Sarah ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis sebelum dia dan dua anaknya berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah 10 akhir Ramadan.

Sarah tiba di KLIA kira-kira pukul 11.30 pagi ditemani bapa dan ibu mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail. Syamsul bagaimanapun tidak kelihatan.

Yusof dan isteri kelihatan terharu malah Fatimah mengesat air mata bagi mengucapkan selamat jalan untuk menunaikan umrah buat manantu dan dua cucunya itu.

Sementara itu, Sarah berkata dia melantik dua peguam bagi menyelesaikan konflik yang berlaku dalam rumah tanggannya itu.

Semoga balik nanti ada keputusan gembira, InsyaAllah, tak kisahlah apa keputusan yang Allah bagi petunjuk, saya akan ikut

PUTERI SARAH

PELAKON

“Saya telah lantik dua peguam untuk selesaikan kes ini. Saya mahu menunaikan umrah dengan tenang” katanya.

Pada Ahad lalu, Sarah mendedahkan anak kepada pelakon Kazar iaitu Ira Kazar menjadi punca kemelut dalam perkahwinan dia dan pengarah filem Syamsul Yusof.

puteri sarah 3

Sarah berharap diberi jalan penyelesaian terbaik dalam kemelut rumah tangga.

Selain itu, Sarah juga berkata, anak-anak menjadi kekuatan untuk dia terus bertahan. Dia juga bersyukur dikelilingi orang-orang yang sentiasa memberi sokongan.

“Anak-anak sentiasa ada di sini dan mereka membuatkan saya jadi lebih kuat. Saya juga bersyukur kerana ramai yang menyokong dan mendoakan kebaikan untuk saya,” jelasnya.

Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Summayah, 2.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain