suria

Dr Fitri Haris terima pengiktirafan individu paling berjaya, setaraf tokoh ternama Malaysia dalam Ensiklopedia Britishpedia 2022

Fitri menyifatkan penghargaan itu sangat bermakna buat dirinya.

KEJAYAAN dalam pelbagai bidang melayakkan penyanyi Dr Fitri Haris tersenarai sebagai individu paling berjaya di Malaysia menerusi buku Ensiklopedia BritishPedia Edisi ke-4 2022, terbitan British Publishing House, United Kingdom.

Pengiktirafan ini juga meletakkan Fitri sebaris dengan tokoh ternama Malaysia yang pernah disenaraikan sebelum ini seperti Tun Dr. Mahathir Mohamed, Tan Sri Quek Leng Chan dan Tan Sri Tony Fernandes.

"Penghargaan ini amat bermakna buat saya kerana meletakkan saya sebaris tokoh-tokoh ternama penerima sebelumnya.

"Prosesnya bukan mudah kerana saya perlu menjalani temu bual tiga bulan lepas untuk pastikan kesahihan maklumat.

Fitri Haris

Fitri memberitahu bukan mudah untuk namanya tersenarai dalam buku Ensiklopedia BritishPedia berkenaan.

"Bila mereka dah kaji latar belakang dan pencapaian, barulah layak dapat 'certificate' dan dimasukkan dalam ensiklopedia. Saya baru dapat sijil ini," katanya.

Anggota kumpulan nasyid UNIC ini juga merupakan seorang pensyarah kanan di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan memiliki cawangan klinik kesihatan sendiri di bawah jenama Megaklinik Zahran.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Amy Search terima gelaran Datuk

ARTIKEL BERKAITAN: Tak hanya minuman, siap belanja tumbler lebih RM3,000... Nabil Ahmad gembira dapat sedekah hari Jumaat

Dalam bidang akademik, Fitri terbabit untuk kajian muzik Islam melalui modul ‘This is Nasyid’ hasil kerjasama bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

Ia merupakan satu bahan ilmu yang boleh dimanfaatkan bukan sahaja di Malaysia tetapi di peringkat antarabangsa dalam memperkenalkan muzik Islam dengan lebih meluas.

292265754_158805490040008_8691108478367694241_n

Fitri juga anggota kumpulan nasyid UNIC.

"Saya tidak mahu bergerak sendirian dan kini sedang merangka untuk menubuhkan sebuah institut sendiri yang akan memperkenalkan bidang baharu dalam dunia akademik di Malaysia khususnya dan dunia amnya," jelasnya.

Pengiktirafan ‘Successful People In Malaysia 2022’ yang akan dimuatkan di dalam Ensiklopedia Britishpedia 2022 akan dilancarkan pada akhir tahun ini.

Buku tersebut boleh didapati di perpustakaan seluruh Malaysia dan beberapa negara di dunia seperti Singapura, Jerman, Slovakia, Austria, Czech Republic, Hungary dan Poland.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain