suria

"Namanya bermula dengan huruf...," - Cubaan dedah nama teman wanita di TikTok, ini jawapan Sufian Suhaimi tentang tindakan Neelofa 

Sufian anggap usikan mengenai kekasih baharunya sebagai garauan semata-mata.

PENYANYI Sufian Suhaimi menganggap tindakan selebriti Neelofa yang cuba 'mendedahkan' dirinya kini sudah berpunya hanya sebagai satu gurauan.

Sufian, 30, berkata, dia tidak mengambil hati dengan gurauan tersebut kerana sudah terbiasa berdepan dengan persoalan tentang identiti teman wanitanya.

"Perkara itu hanya gurauan sahaja. Benda seperti ini sudah banyak kali berlaku dan bukan Neelofa sahaja tetapi orang lain juga buat perkara sama.

Sufian anggap usikan mengenai kekasih baharunya sebagai garauan semata-mata.

Sufian menyangkal sudah mempunyai kekasih.

"Disebabkan sering diusik, jadi saya sudah terbiasa dan tiada masalah tentangnya," katanya ketika dihubungi mStar.

Sufian memberi reaksi itu sebagai menjawab tindakan Neelofa yang mengatakan dirinya sudah berpunya menerusi siaran langsung di TikTok baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Umur masuk ‘3 series’! Sufian Suhaimi mula fikir tentang pasangan hidup, kawan pun ramai dah kahwin

"Sufian sudah berpunya, namanya bermula dengan huruf...," kata Neelofa.

Namun Sufian sempat menyangkal usikan itu dan menyangkal sudah mempunyai kekasih.

"Mana ada," katanya ringkas.

Perkara tersebut turut menarik perhatian netizen yang rata-rata ingin mengetahui siapakah wanita yang berjaya mencuri hati penyanyi lagu Di Matamu itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain