suria

Umur masuk ‘3 series’! Sufian Suhaimi mula fikir tentang pasangan hidup, kawan pun ramai dah kahwin

Faktor usia semakin meningkat membuka hati Sufian untuk cari teman hidup.

SEBAGAI seorang selebriti, penyanyi Sufian Suhaimi akur apabila kisah peribadi sering menjadi perhatian ramai termasuklah gosip kononnya dia sedang bahagia bercinta.

Terbaharu, tular sekeping foto memperlihatkan dirinya sedang makan bersama seorang wanita yang tersebar di laman sosial.

Mengesahkan dirinya masih belum berpunya, Sufian, 30, bagaimanapun berkata dia mula terfikir untuk mencari pasangan hidup memandangkan usia semakin meningkat.

"Kehidupan saya sama sahaja. Saya keluar dengan kawan perempuan dan kebetulan ada satu gambar dirakamkan menjadi viral. Itu asam garam dunia hiburan. Apa boleh buat, terpaksa hadap sahaja.

sufian 3

Sufian sudah mula fikir cari pasangan.

"Sekarang ini tidaklah terlalu untuk mencari pasangan. Namun ada juga terfikir-fikir memandang usia sudah masuk 30-an dan ramai kawan-kawan sudah berkahwin," katanya kepada mStar.

Sufian ditemui ketika sidang media Innai Nunha yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Terlibat secara langsung dalam bahagian pengurusan produk keluaran Neelofa itu, Sufian yang juga mempunyai perniagaan sendiri memberitahu dia lebih selesa untuk tidak terlalu menyerlahkan diri sebagai seorang usahawan.

ARTIKEL BERKAITAN: Berdepan masalah peribadi, Sufian Suhaimi lalui fasa mental breakdown... Akui kerap mimpi pelik-pelik

ARTIKEL BERKAITAN: Sufian Suhaimi selesai fasa ‘pulih’ luka cinta lama, tengah ‘warmup’ siap sedia kahwin bila-bila masa

"Saya lebih selesa dikenali sebagai penyanyi. Biarlah ia terus kekal begitu. Lagipun dalam produk ini saya tak mahu overshadow kerana dari awal kita sudah bincang untuk ketengahkan nama Neelofa.

"Jika produk itu atas nama sendiri, barulah saya akan terlibat dengan promosi," ujarnya.

Namun ada juga terfikir-fikir memandang usia sudah masuk 30-an dan ramai kawan-kawan sudah berkahwin

SUFIAN SUHAIMI

PENYANYI

Sementara itu bercakap tentang kerjaya seni, penyanyi lagu Di Matamu ini memberitahu dia baru sahaja menyertai syarikat Rusa Music dan dalam merancangan untuk melancarkan lagu baharu.

Sufian yang sebelum ini bernaung di bawah label Aries Music melihat syarikat pengurusan baharunya itu lebih berpengalaman dan memiliki fasiliti lengkap untuk terus mengembangkan karier seninya.

sufian 1

Sufian lebih selesa dikenali sebagai penyanyi berbanding penglibatan dalam dunia perniagaan.

"Sekarang ini dalam fasa menyusun strategi untuk melancarkan lagu yang paling sesuai kerana saya baru sahaja bersama Rusa Music. Ada beberapa lagu telah dirakamkan cuma belum ada masa sesuai untuk dilancarkan.

"Rusa Music dan Aries Music ada kekuatan masing-masing. Cuma saya melihat Rusa mempunyai pasukan lebih besar dan pengalaman sudah lama," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain