suria

Maya Karin mahu kekal sebagai pelakon filem, belum sedia terima tawaran drama

Maya mahu kekal hanya berlakon filem.

MAHU mengekalkan status sebagai pelakon filem, Maya Karin mengakui belum terfikir untuk menerima mana-mana tawaran berlakon dalam drama televisyen.

Enggan memikirkan soal populariti, Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, 43, berkata dia tidak melihat perkara itu sebagai satu isu besar yang boleh mengganggu perjalanan karier seninya.

"Untuk lakonan saya hanya akan kekal untuk filem sahaja. Setakat ini memang belum sentuh mana-mana projek drama televisyen.

maya 2

Maya bersyukur peminat sentiasa beri sokongan.

"Saya tidak melihat ia sebagai satu masalah besar. Walaupun lama tidak muncul, masih ada peminat yang memberi sokongan," katanya kepada mStar.

Maya ditemui ketika sidang media filem terbaharu lakonannya berjudul Abang Long Fadil 3 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Selasa.

Sementara itu Maya yang menghidapi anxiety teruk juga memberitahu masalah itu kembali berulang apabila jadualnya kini kembali sibuk selepas sekian lama berehat panjang ketika dunia dilanda pandemik Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Maya Karin terlepas peluang bintangi Crazy Rich Asian dengan Henry Golding gara-gara diserang anxiety ketika uji bakat

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tiada niat perlekeh orang Terengganu...” - Maya Karin mahu mutu pendidikan bahasa Inggeris diberi penekanan

Dalam masa sama, selain sibuk menyusun jadual penggambaran beberapa buah filem, Maya juga terbuka untuk kembali menerima tawaran sebagai pengacara jika program berkenaan menarik.

"Selepas dua tahun tidak bekerja dan kembali terlibat dengan pementasan teater Puteri Santubong. Ketika itu memang rasa anxiety teruk sebab sudah lama tidak bekerja.

"Sekarang ini masih membiasakan diri untuk susun semula semua jadual kerja termasuk lakukan persiapan mental.

Walau lama tidak muncul, masih ada peminat yang memberi sokongan

MAYA KARIN

PELAKON

"Kalau ada tawaran jadi pengacara saya terbuka untuk terima jika program itu menarik. Mungkin rancangan berbentuk travelog. Saya boleh berjalan sambil bekerja," ujarnya.

Bercakap tentang perniagaan burger yang diusahakan ketika tempoh pandemik sebelum ini, Maya sendiri tidak menyangka ia mendapat sambutan baik sehingga ada yang menawarkannya peluang membuka cawangan.

Namun disebabkan mahu memberi fokus kepada kerjaya seni, Maya menangguhkan dahulu perancangan tersebut dan akan kembali serius untuk menjadikan perniagaan sebagai salah satu sumber pendapatan utama.

maya 1

Barisan pelakon Abang Long Fadil 3 bersama pengarah Syafiq Yusof.

"Awalnya saya mulakan perniagaan itu hanya suka-suka sahaja. Tidak sangka ia mendapat sambutan baik sehingga ada yang menawarkan tapak berniaga secara percuma.

"Bagaimanapun untuk kembali serius ke arah itu saya kena buat perancangan dengan betul. Mungkin hujung tahun ini akan lebih serius untuk jadikan perniagaan ini sebagai sumber pendapatan," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain