suria

[VIDEO] Ajak buka kisah lama dedah sikap Shahrol… suruh tolak tawaran Era tapi dia ambil peluang itu

KEPUTUSAN Fizi Ali meninggalkan Suria FM mendapat reaksi pelawak Shahrol Shiro yang mendakwa pihak pengurusan stesen radio itu tidak profesional semenjak dia masih lagi bergelar penyampai saluran itu.

Perkongsian panjang lebar yang dikongsi oleh Shahrol itu kurang disenangi Ajak yang merupakan penyampai segmen Team Pagi Suria bersama Suraya Borhan.

"Awak bercakap dari sebelah pihak ke tuan? Hakikatnya tak bergaduh pun. Perlu ke nak up isu ini? Perlukan spotlight ke?

ajak 2

Shahrol dan Ajak menjadi juara Maharaja Lawak Mega 2018.

"Buat benda yang lebih berkualiti, menyatupadukan. Bukan melaga-lagakan. Hakikatnya semua kawan. Kalau awak anggap musuh, biar seorang sahaja tak perlu ajak kawan," komen Ajak.

Shahrol terdahulu berkongsi pengalaman perkhidmatannya bersama Suria FM sebelum ditamatkan gara-gara masalah disiplin.

Ajak dan Shiro yang sebelum ini pernah bersama dalam kumpulan Shiro dilihat cuba berkongsi pendapat masing-masing dalam perjalanan mereka bergelar penyampai radio.

ARTIKEL BERKAITAN: Fizi Ali mengaku silap tinggalkan Suria FM secara mengejut, berhijrah bukan kerana wang tapi mahu kembangkan karier pengacaraan

ARTIKEL BERKAITAN: Enggan panjangkan isu Fizi Ali tinggalkan Suria FM, DJ Lin sedang cari pengganti

Memberi respons terhadap komen Ajak itu, kata Shahrol pengundurannya telah membuka ruang rezeki buat Ajak yang ditawarkan ke Suria FM selepas berkhidmat dengan Hot FM.

Dalam komen balas lain, Ajak mendedahkan dia pernah menangguhkan tawaran Suria FM kerana memikirkan persahabatan bersama Shahrol dan turut meminta pihak pengurusan stesen itu tidak meneruskan tindakan saman terhadap sahabatnya kerana isu dalaman.

"Hari pertama saya keluar Hot FM saya dipelawa untuk sertai Suria. Dalam perbincangan untuk tukar gambar awak kepada saya. Atas dasar sahabat, saya pilih menganggur daripada ambil tempat awak.

Ini beza dengan apa yang awak buat pada saya waktu kita dapat tawaran Era awal karier dulu sahabat

AJAK

PENYAMPAI RADIO

"Saya juga merayu pihak Suria tidak teruskan saman atas masalah lama awak. Hakikatnya selepas setahun awak tinggalkan barulah saya sertai Suria.

"Ini beza dengan apa yang awak buat pada saya waktu kita dapat tawaran Era awal karier dulu sahabat. Awak kata kita jangan terima. Saya percaya cakap awak dan saya tolak pelawaan radio nombor satu. Rupanya awak terima pelawaan itu dengan orang lain," katanya.

Fizi yang sebelum ini bersama Ajak dan Suraya Borhan mengendalikan Team Pagi Suria mengumumkan pengunduran dan memulakan kerjaya di di stesen Hot FM bersama Fad di segmen Sembang Squad.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain