suria

[VIDEO] Baru selesai jalani pembedahan, Farahdhiya diduga pula dengan Covid-19... Anggap Allah nak bagi rehat banyak

Farahdhiya terpaksa batalkan dan tunda banyak perkara disebabkan disahkan Covid-19.

BAHARU sahaja selesai menjalani pembedahan di bahagian leher, penyanyi Farahdhiya diuji lagi apabila dirinya disahkan positif Covid-19.

Farahdhiya menerusi Instagram miliknya pada Rabu berkata, dia akhirnya tewas selepas lebih dua tahun bebas daripada dijangkiti virus tersebut namun menyifatkan Allah ingin memberinya rehat untuk tempoh lebih panjang.

Berkongsi lanjut, pemilik nama sebenar Farahdhiya Mohd Amin, 38, ini memberitahu dia baharu sahaja mula bekerja namun terpaksa kembali berehat di rumah bagi menjalani kuarantin.

"Bukan lauk pantang tapi lauk orang kena Covid-19. Selepas dua tahun lebih, akhirnya tewas dengan Covid. Hari ini baru larat nak kongsi.

"Baru mula bekerja selepas pembedahan saya, sekarang kembali ke rumah untuk jalani kuarantin. Tidak mengapa Allah sayang. Dia bagi sakit, Dia bagi rehat yang banyak," katanya.

Dalam pada itu, Farahdhiya turut memohon maaf kerana terpaksa membatalkan dan menundakan beberapa komitmen penting disebabkan keadaan kesihatannya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Beberapa bulan rasa bimbang, Farahdhiya akhirnya selamat jalani pembedahan di bahagian leher

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap sakit kepala, Farahdhiya jumpa doktor gara-gara bimbang simptom ketumbuhan otak

Saya akan kembali bekerja minggu depan, Insya-Allah.

FARAHDHIYA

PENYANYI

Malah turut berterima kasih kepada rakan-rakan yang sentiasa mengambil berat terhadap dirinya dengan menghantar ubat-ubatan serta makanan sepanjang tempoh kuarantin.

"Terpaksa batalkan dan tunda banyak perkara, saya minta maaf atas kesulitan yang disebabkan oleh isu ini. Saya akan kembali bekerja minggu hadapan, Insya-Allah.

"Terima kasih rakan-rakan tersayang yang hantar ubat, makanan dan sebagainya. Anda tahu siapa anda," tulisnya.

Farahdhiya

Farahdhiya selamat jalani pembedahan bahagian leher pada tiga minggu lalu.

Peminat dan rakan selebriti turut memenuhi ruang komen mendoakan agar penyanyi lagu Bertakhta Di Hati itu diberikan kesembuhan segera dan bebas daripada virus itu.

Menerusi laporan mStar pada 22 Jun lalu, pelakon dan penyanyi itu selamat jalani pembedahan kecil di bahagian lehernya, dua minggu lalu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Farahdhiya enggan mendedahkan sakit sebenar yang dialaminya namun berasa lega kerana kerisauan tentang tahap kesihatannya sejak beberapa bulan lalu sudah berakhir.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain