suria

Hanya berhubung soal anak-anak, Rossa Sera sudah letak noktah hubungan dengan Shuk Sahar

Shuk dan Sera sepakat ambik keputusan terbaik buat mereka.

LEBIH setahun kemelut rumah tangga di antara pelawak Shuk Sahar dan isteri, Rossa Sera menjadi perbualan hangat masyarakat dan tidak kurang yang keliru dengan status sebenar pasangan ini.

Kedua-duanya dilihat meneruskan kehidupan masing-masing namun masih belum ada kata putus sama ada akan mengambil jalan berpisah atau pun kembali bersama.

Merasakan dirinya tidak lagi mampu memberi kebahagian buat Shuk, Sera meletakkan noktah terhadap hubungan mereka dan sudah mengambil keputusan terbaik untuk kedua-dua belah pihak.

sera 2

Sera ambil keputusan akhiri rumah tangga bersama Shuk.

"Sampai satu tahap saya rasa tidak boleh maafkan dia lagi kerana itu hanya akan menyakiti diri sendiri.

"Bagaimana saya hendak bahagiakan orang lain kalau saya sendiri disakiti. Kami masih berhubung tetapi hanya kerana anak-anak sahaja.

"Kami juga sudah berbincang untuk mengambil keputusan terbaik untuk masa depan. Cukuplah sampai di situ sahaja, mungkin saya tidak mampu bahagiakan dia," katanya ketika muncul dalam program Meletop pada malam Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Muat naik foto suami dengan emoji ‘love’, isteri Shuk Sahar tak jadi fail cerai? - “Maaf, tiada apa yang berlaku”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Status rumah tangga masih tergantung, Shuk Sahar jawab spekulasi sudah kahwin lagi... Mahu selesaikan satu persatu

Rumah tangga pasangan itu sebelum ini sering dilanda badai apabila pelawak itu didakwa bersikap curang terhadapnya.

Melihat apa yang berlaku sebagai satu ujian buat mereka berdua, Sera memberitahu dia sentiasa memberi kata-kata semangat buat Shuk untuk terus tabah berhadapan dengan dugaan.

"Ini juga ujian buat Shuk. Saya tidak pernah salahkan dia. Bukan senang dia nak lalui semua ini Sehingga sekarang saya masih memberi kata-kata semangat buatnya.

Cukuplah sampai di situ sahaja, mungkin saya tidak mampu bahagiakan dia

ROSSA SERA

"Sepanjang berdepan dengan masalah ini, saya banyak mengadu dengan ibu bapa selain berserah kepada Allah untuk apa sahaja ketentuan-Nya. Saya perlu banyak bersabar," katanya.

Sera sebelum ini pernah mendedahkan sudah memfailkan cerai terhadap Shuk pada November lalu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2 tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain