suria

[VIDEO] Hanya bertahan dua tahun, akhirnya hubungan cinta Alya Iman dengan duda berakhir

DUA tahun bercinta, akhirnya pelakon Alya Iman mendedahkan dia sudah memutuskan hubungan dengan duda anak dua iaitu Ridhwan Rosli.

Hubungan masih kekal sebagai sahabat, Alya atau nama sebenarnya Nur Alya Iman Azmil berkata dia kini lebih selesa menjalani hidup solo dengan hanya fokus pada kerjaya sahaja.

"Buat masa sekarang ini, ya... saya single dan saya tak ada kena mengena dengan Ridhwan lagi. Tapi kami masih kekal bersahabat baik.

"Tapi saya ‘not available’ ya... bukan sebab dah ada someone baru tapi saya nak fokus karier seni dan tak ada pun rasa nak ada hubungan cinta.

Alya

Alya mahu fokus kerjaya.

"Saya dan Ridhwan berpisah sejak bulan puasa lalu. Bagi saya, hubungan kami masih sebagai sahabat... dan kalau ada jodoh, tak ke mana," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, anak perempuan Allayarham Azmil yang cukup popular dengan filem Ali Setan itu didakwa bertunang dengan seorang ahli perniagaan yang berstatus suami orang.

ARTIKEL BERKAITAN: "Dia sangat sederhana, telefon retak pun masih guna” - Teman lelaki nafi Alya Iman kaki kikis, gigih bekerja untuk tampung hidup

ARTIKEL BERKAITAN: Alya Iman dituduh jadi ‘gold digger’, rampas suami orang - “Segala hadiah dah dipulangkan... maaf kepada yang terluka”

Sampai ke hari ini, orang masih cakap buruk tentang diri saya.

ALYA IMAN

PELAKON

Bagaimanapun, Alya memutuskan perhubungan dan ikatan pertunangan itu apabila kehadirannya di sisi lelaki berkenaan sebenarnya tidak diketahui dan dipersetujui oleh si isteri.

Selepas terpalit dengan kontroversi itu, Alya kemudian menjalinkan hubungan cinta dengan seorang duda anak dua iaitu Ridhwan Rosli sekitar 2020.

Gara-gara terpalit dengan kontroversi hubungan dengan suami orang, Alya menerima kecaman dan netizen menggelarkannya ‘gold digger’ serta perampas.

Alya

Alya terima apa saja kata-kata daripada netizen.

"Sampai ke hari ini, orang masih cakap buruk tentang diri saya. Masih ada yang panggil saya dengan macam-macam gelaran.

"Tapi saya tak ada kuasa untuk menghalang orang cakap apa-apa tentang saya. Secara asasnya, sebagai selebriti saya kena terima apa saja netizen nak cakap.

"Saya terima dengan hati terbuka. Saya selalu cakap pada diri, benda dah jadi... setiap apa yang jadi, ada hikmah. Apa saja orang nak cakap fasal saya, Insya-Allah saya terima," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain