suria

[VIDEO] Dikejar penunggang motosikal tunjuk isyarat lucah, Nazrief Nazri mohon maaf kerana enggan keruhkan keadaan

Nazrief mohon maaf kepada lelaki berkenaan kerana enggan keruhkan keadaan.

NIAT untuk membawa isteri dan anak bersiar-siar di taman bertukar menjadi pengalaman tidak diingini buat pelakon Nazrief Nazri apabila dia berhadapan dengan situasi dikejar samseng jalan raya dalam satu kejadian dipercayai berlaku Isnin lalu.

Nazrief, 31, berkata, kejadian bermula selepas dia memberi amaran kepada seorang penunggang motosikal untuk meneruskan perjalanan apabila lampu isyarat bertukar hijau.

"Ceritanya... saya hendak bawa anak dan isteri berjalan-jalan dekat taman, ketika di lampu isyarat ada sepasang suami isteri bersembang atas motor sehingga tidak sedar lampu sudah lama bertukar hijau.

nazrief 33

Nazrief kongsi pengalaman dikejar lelaki yang didakwa menjadi samseng jalanan.

"Saya hon sekali sebagai isyarat suruh jalan, tetapi isteri dia 'buat muka' sambil mengomel marah. Jadi saya hon kali kedua sambil angkat tangan sebagai isyarat supaya dia lebih berhati-hati dan meminta maaf," katanya.

Kejadian yang disangka selesai itu bagaimanapun tidak berakhir apabila pasangan tersebut mengejar kereta yang dinaiki Nazrief serta turut menunjukkan isyarat lucah.

Bimbang dengan keselamatan anaknya, Nazrief meminta isteri untuk merakamkan perbuatan penunggang motosikal berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nazrief Nazri bengang individu tanya status halal makanan pantang isteri - “Takkan saya tak tahu hukum... fikir dulu sebelum komen”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya potong tali pusat dan tengok dia keluar” - Nazrief Nazri syukur dapat teman isteri bersalin, sambut kelahiran bayi lelaki

"Agaknya lelaki itu tidak puas hati sebab saya hon kali kedua, dia kejar kereta saya sambil menjerit-jerit dan tunjukkan isyarat lucah.

"Lelaki itu terus ekori kami dan ketika itu saya sudah minta isteri keluarkan telefon untuk rakam sebagai langkah keselamatan sebab Noah (anak) sedang tidur di tempat duduk belakang.

"Sampai di lampu isyarat merah, lelaki itu ketuk cermin kereta saya dan marah kerana tidak berpuas hati," ujarnya.

Lelaki itu tidak puas hati sebab dia nampak isteri saya rakam dan minta jangan ditularkan

NAZRIEF NAZRI

PELAKON

Enggan memanjangkan pergaduhan, Nazrief memohon maaf kepada lelaki berkenaan.

Dalam video yang dimuat naik Nazrief di laman Instagram miliknya, kelihatan lelaki tersebut berang apabila sedar kejadian tersebut dirakam.

"Saya rendahkan ego dan minta maaf supaya tidak mahu keruhkan keadaan. Lelaki itu tidak puas hati sebab dia nampak isteri saya rakam dan minta jangan ditularkan.

"Niat saya berkongsi ini supaya kita hentikan sikap biadab atas jalan raya. Jika marah pun cubalah berbincang dengan baik," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain