suria

Mahu mantapkan ilmu agama… Asyraf Khalid teruja jumpa Habib Ali, pasang impian jadi anak murid

Asyraf seronok bertemu dengan Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid.

SETELAH sekian lama menantikan peluang ini, suami kepada aktres Tya Ariffin iaitu Asyraf Khalid meluahkan rasa syukur dapat bertemu dengan tokoh agama terkenal, Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid di Yayasan Ar-Ri'ayah, Ampang.

Pada pertemuan yang berlangsung selama sejam itu, Asyraf atau Muhammad Asyraf Khalid turut berkesempatan menyatakan hasrat menjadi anak murid Habib Ali bagi membimbingnya menjadi seorang Muslim yang lebih baik.

"Syukur dapat banyak sangat Ilmu agama daripada Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid, Kalau dulu, saya ada seorang guru, Abuya Habib Naufal dari Sukabumi, beliau la yang banyak mengajar saya dalam bab agama dan adab.

Terima kasih juga kepada ayah kerana membuka jalan untuk saya bertemu Habib Ali.

ASYRAF KHALID

USAHAWAN

"Tapi Allah lebih sayangkan Abuya dan Allah ambil Abuya dulu. Jadi selepas beberapa tahun saya tiada guru khusus bab agama, saya tergerak hati untuk hubungi Habib Ali.

"Saya punya permintaan pada Habib Ali adalah untuk menjadi anak murid beliau. Dalam masa sama mahu beliau menjadi guru untuk membimbing saya lebih memahami agama," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Asyraf Khalid dituduh ‘jual’ wajah adik sendiri... Tokti pun tak kongsi wajah penuh bayi usia belum sehari - “Saya dah minta izin ayah”

ARTIKEL BERKAITAN: Asyraf dulunya budak nakal, Datuk K dedah bagaimana anaknya berubah

Asyraf Khalid

Asyraf bersama isteri, Tya dan anak-anak mereka.

Asyraf mengucapkan terima kasih kepada bapanya iaitu Datuk Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K kerana membantunya dalam pertemuan itu.

Dalam pada itu, Asyraf juga pengasas produk minuman jamu Mutyara bersama Tya berkata dia bergaul dengan orang soleh untuk menjadi individu lebih baik.

"Terima kasih juga kepada ayah kerana membuka jalan untuk saya bertemu Habib Ali... Alhamdullillah, semuanya dipermudahkan.

"Saya fikir, kalau kita nak jadi orang yang baik, kita kena mendekati orang-orang yang soleh. Kadang-kadang iman kita ni ada naik turun tapi untuk kita tetapkan iman kita, kita kena ada seorang guru untuk sentiasa mengingatkan kita," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain