suria

Belum bertemu pengganti Vida, Iqbal menangis sebelum tidur fikir soal jodoh

Iqbal menitiskan air mata setiap kali memikirkan soal jodoh.

SEJAK hubungan cinta dengan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida kecundang ditengah jalan, sehingga kini Iqbal Zulkefli masih belum mempunyai pengganti.

Iqbal yang juga usahawan sensai itu menerusi laman Instastory miliknya mendedahkan perkara itu sebagai menjawab pertanyaan netizen yang ingin mengetahui statusnya terkini.

"Jujur akak nak tahu, Iqbal dah ada girfriend atau seseorang yang istimewa di hati? Jawab dengan jujur,” tanya netizen.

Iqbal

Antara soalan netizen yang dijawab oleh Iqbal.

Menurut Iqbal atau nama sebenarnya Ahmad Iqbal Zulkefli, mendapatkan pasangan hidup yang boleh menerima kekurangan serta susah senang bersama tidak semudah disangka.

Malah kata bekas peserta program Big Stage 2022 itu, ada masa air matanya mengalir memikirkan soal jodoh yang belum tiba sebelum tidur.

ARTIKEL BERKAITAN: Rupa-rupanya belum habis lagi kisah Vida, Iqbal! Geram muka kena pangkah dalam MV... Dedah rahsia cincin permata RM100,000

ARTIKEL BERKAITAN: Iqbal Zulkefli dah jangka Qush tak lama jadi PA, nasihat Vida berhenti buat ‘drama’

Kadang-kadang saya menitis air mata di tengah malam.

IQBAL ZULKEFLI

USAHAWAN

"Belum (kekasih). Kadang-kadang saya stres fikir tentang jodoh. Saya boleh beli apa sahaja yang saya mahu tetapi pasangan hidup, ia tak semudah itu.

"Menemui orang yang jujur, sanggup susah senang dan boleh terima segala kekurangan, ia tidak mudah. Tak semudah orang ramai bertanya ‘Iqbal bila nak kawin? Iqbal dah ada semua kenapa tak kawin? Iqbal, kawin sajalah’.

"Kadang-kadang saya menitis air mata di tengah malam. Tolong doakan saya ya," kata Iqbal.

Sebelum ini, usahawan berusia 28 tahun itu pernah merancang untuk meminang Vida atau DSV pada tahun lalu namun hubungan mereka berakhir disebabkan konflik yang berlaku.

Iqbal

Iqbal mahu mencari jodoh.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Hujan ini juga menjawab persoalan netizen yang ingin melihat gambarnya ketika zaman kanak-kanak.

"Ini gambar saya. Ketika lahir, kulit saya betul-betul gelap seperti orang India. Sampaikan orang fikir ibu saya bela anak angkat. Berganjak usia tiga tahun terus berubah muka macam cina.

"Sebelah ayah saya ada arab, pakistan, india... entahlah. Saya pun pening. Apa yang penting saya sihat,” kata Iqbal.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain