suria

Ibu DJ Lin meninggal dunia akibat penyakit buah pinggang

DJ Lin bergegas pulang ke kampung sebaik saja dimaklumkan Berita pemergian ibunya.

SETELAH lama menderita penyakit buah pinggang, ibu kepada penyampai radio Suria FM iaitu Puteh Jantan, 80, meninggal dunia di rumahnya di Larkin Jaya, Johor Bahru pada pukul 4.50 pagi, Jumaat.

DJ Lin atau Roslinda Abd Majid berkata, jenazah akan dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Kg Sungai Danga sebelum solat Jumaat dan berharap semua orang mendoakan roh arwah.

"Saya ingin memaklumkan bahawa Ibunda saya yang tercinta, Puan Hajah Puteh Jantan baru sahaja meninggal dunia pukul 4.50 pagi ni (Jumaat, 24 Jun 2022) di rumah kami.

DJ Lin

Ibu DJ Lin dimasukkan ke hospital pada minggu lalu.

"Jenazah akan dikebumikan sebelum waktu Solat Jumaat. Mohon semua sedekahkan Al-fatihah ya buat Allahyarhamah, moga rohnya tenang di alam sana dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman," tulisnya.

Sebelum ini, Allahyarham Puteh dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru akibat penyakit buah pinggang, minggu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Seharian tidur, DJ Lin bimbang kesihatan ibu semakin merosot... Bakal terima anugerah ke-11 sebagai penyampai radio esok

Kenangan kita bersama takkan pernah sekali pun orang lupakan ya mak.

DJ LIN

PENYAMPAI RADIO SURIA FM

Dalam pada itu, DJ Lin mengucapkan terima kasih kepada ibunya atas kasih sayang, pengorbanan dan segala yang arwah lakukan demi anak-anak.

Reda dengan pemergian, DJ Lin berkata dia dan adik-beradik sudah berusaha yang terbaik untuk membantu menyembuhkan sakit ibu mereka yang sudah lama menangung kesakitan.

"Mak, terima kasih di atas segala kasih sayang, pengorbanan serta jasa yang mak taburkan buat orang dan semua anak -anak Mak. Berehatlah mak.

DJ Lin

Foto kenangan DJ Lin dan adik beradiknya bersama ibu mereka.

"Puas mak menanggung kesakitan. Kami semua dah berusaha yang terbaik untuk membantu menyembuhkan sakit mak namun Allah lebih menyayangimu mak.

"Mak akan sentiasa ada dihati kami dan kenangan kita bersama takkan pernah sekali pun orang lupakan ya mak. Al-Fatihah," ujarnya.

Untuk rekod, arwah Puteh meninggalkan sembilan anak dan lebih 40 cucu serta cicit.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain