suria

iQIYI terbit drama original pertama ‘Sorry Naik Lori’ dengan kerjasama Foodpanda

iQIYI kerjasama dengan Foodpanda dalam drama original Sorry Naik Lori.

PLATFORM penstriman video, iQIYI International menjalinkan kerjasama dengan foodpanda bagi menghasilkan drama original Malaysia pertama berjudul Sorry Naik Lori.

Kolaborasi ini adalah satu usaha dalam mengintegrasikan penjenamaan platform penghantaran makanan dalam talian itu yang akan diterjemahkan dalam bentuk watak sokongan dalam drama.

Menurut Ketua Unit Jualan Pengiklanan iQIYI Malaysia iaitu Sukhbir Sidhu, kerjasama itu merupakan satu bentuk pengiklanan terbaik dalam membantu mengembangkan penjenamaan sesuatu produk merentasi pelbagai negara.

iqiyi

Ketua Unit Jualan Pengiklanan iQIYI Malaysia, Sukhbir Sidhu

"Kami berbesar hati dengan kolaborasi bersama foodpanda sebagai jenama rakan kongsi bersepadu pertama kami dalam menghasilkan sebuah drama original Malaysia pertama iaitu Sorry Naik Lori.

"Peningkatan berterusan dalam penggunaan digital telah mendorong platform OTT menjadi arena yang amat berkesan untuk para pengiklan. Segmen pengiklanan OTT kini sedang membentuk semula landskap media berbayar kerana ia menawarkan skala yang boleh diukur serta memiliki keupayaan sasaran berpandukan data.

"iQIYI komited untuk menyesuai dan mempelbagaikan penyelesaian aspek pengiklanan kami secara berterusan bagi memenuhi keperluan rakan kongsi kami. Dengan memanfaatkan jumlah penonton global kami merentasi 191 negara, fokus kami adalah untuk memperkembangkan jenama rakan kongsi kami secara maksima.

"Dengan foodpanda menjadi jenama rakan kongsi bersepadu pertama iQIYI, kami sedang meneroka lebih banyak perkongsian dengan jenama lain menerusi drama original Malaysia untuk masa akan datang," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Penerima vaksin rakyat Malaysia ditawar langganan VIP iQiyi... berpeluang tonton lebih 3,000 kandungan Asia

ARTIKEL BERKAITAN: Kempen #JanganTontonHaram inisiatif iQiyi banteras cetak rompak digital, penonton jadi ‘mata-mata’ lapor jenayah

Penghasilan drama Sorry Naik Lori adalah sebahagian daripada inisiatif berterusan iQIYI untuk terus menyumbang ke dalam pembentukan kandungan hiburan tempatan yang lebih mantap, hasil nukilan kreatif rakyat Malaysia.

Menerusi kerjasama dengan syarikat produksi tempatan, iQIYI mempamerkan karya terbaik Malaysia yang bakal menjangkau pasaran global.

Ia sekaligus akan memberi peluang dan pendedahan kepada bakat dan pencipta kandungan, selain turut menyokong jenama, pengiklan dan pemasaran tempatan.

iQIYI komited untuk menyesuai dan mempelbagaikan penyelesaian aspek pengiklanan kami secara berterusan bagi memenuhi keperluan rakan kongsi kami

Sukhbir Sidhu

Ketua Unit Jualan Pengiklanan iQIYI Malaysia

Bagi meraikan permulaan penghasilan karya Original Malaysia pertama, iQIYI juga telah mengadakan iQiyi Catwalk Challenge di platform media sosial Tiktok.

Pertandingan itu mencari lima pemenang bertuah yang bakal membuat penampilan istimewa dalam penggambaran Sorry Naik Lori dan turut berpeluang memenangi ganjaran tunai bernilai RM500.

Mereka juga akan diberi peluang untuk tampil berlakon bersama Nazim Othman, Ruhainies, Nafiz Muaz, Sheila Mambo dan ramai lagi dalam satu adegan pertunjukan fesyen.

Sorry Naik Lori dengan kerjasama syarikat produksi Tsar Asia memaparkan gaya hidup moden pasangan menerusi plot drama dan komedi.

Sorry-Naik-Lori-1-edited

Pelakon utama Ruhainies dan Nazim Othman.

Ia mengisahkan mengenai kehidupan Khairul sebagai seorang pemandu lori muda yang tinggal di Pulau Pinang bersama isterinya, Nadia yang merupakan seorang suri rumah.

Nadia memiliki impian menjadi ‘influencer’ media sosial. Pada suatu hari, hantaran media sosial secara rawak dalam NikNok mengenai dirinya di restoran menjadi tular dan membuatkan dia menjadi terkenal.

Tidak lama kemudian, beliau mendapat tawaran daripada agensi pencari bakat.

Sementara itu, keazaman Khairul untuk mencari pendapatan tambahan mendapat tentangan daripada pembuli di tempat kerjanya dan menyebabkan Khairul rasa tidak selamat dan hubungan mereka menjadi renggang.

Dengan barisan pelakon yang terdiri daripada Nazim Othman, Ruhainies, Tajul, Nafiz Muaz, Sheila Mambo, Asha Zainul dan Ahmad Saffuan.

Sorry Naik Lori akan membuat penonton terpikat dengan kepelbagaian jalan cerita dan pembangunan karakter.

Penggambaran drama di pelbagai lokasi di seluruh negara turut menyaksikan peminat di negeri berbeza akan dapat merasai kepelbagaian budaya tempatan yang dipaparkan dalam pembikinan drama tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain