suria

Selalu dapat DM mengadu hidup susah... PU Riz nak bagi RM700, hadiah untuk pelajar SPM golongan B40 dan OKU

PU Riz tawar hadiah RM700 kepada pelajar SPM B40 dan OKU.

PENCETUS UMMAH Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz sekali lagi meluahkan hasrat untuk memberi penghargaan kepada pelajar susah yang berjaya lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kali ini, PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail menghadiahkan RM700 kepada pelajar daripada golongan kurang berkemampuan atau B40 dan orang kelainan upaya (OKU).

Pendakwah berusia 27 tahun itu berkata, dia mendapat banyak mesej peribadi (DM) di Instagram daripada pelajar lepasan SPM yang diumumkan kelmarin berkenaan kesusahan dialami.

"Ramai pelajar yang susah sepanjang pandemik berlaku. Tidak terkecuali ia turut memberi kesan pada sistem pendidikan terutama dalam mengendalikan peperiksaan besar macam SPM termasuk cabaran dihadapi pelajar.

PU Riz

PU Riz utamakan golongan B40 dan OKU.

"Jadi, inisiatif ini ingin diberikan kepada mereka yang berjaya menyelesaikan dan mengharungi cabaran ini hingga mendapat keputusan cemerlang hasil ketekunan dalam pelajaran.

"Selain itu, sudah tentu kita nak melihat kesusahan dihadapi mereka. Sebab ada juga yang DM saya cakap yang ibu meninggal dunia akibat Covid-19 tapi kena teruskan persekolahan dan banyak lagi cerita sedih.

ARTIKEL BERKAITAN: PU Riz nak bagi RM300... siapa dapat 5A SPM 2020 boleh ‘DM’ laju-laju

ARTIKEL BERKAITAN: PU Riz tunai janji bagi RM300, pelajar cemerlang SPM jaga adik OKU antara yang bertuah

Saya mahu berkongsi rezeki dengan adik-adik ini.

PU RIZ

PENDAKWAH

"Jadi, kriteria sebegini yang kita cuba utamakan. Jika bukan dalam kalangan B40 dan OKU, kita tawarkan pada yang mendapat keputusan cemerlang 7A," katanya kepada mStar.

Pada Jun tahun lalu, PU Riz memberi penghargaan sebanyak RM300 kepada pelajar mendapat keputusan 5A pada Sijil Pelajarang Malaysia (SPM).

Dalam pada itu, PU Riz memberitahu tawaran tersebut juga sekali gus mahu memberi galakan kepada mereka untuk terus berusaha pada masa akan datang.

PU Riz

PU Riz bersama isteri dan anak.

"Saya mahu berkongsi rezeki dengan adik-adik ini. Bukan nilai jadi ukuran, tapi apa saya cuba nak sampaikan adalah setiap usaha itu pasti akan peroleh kebaikan dan ganjaran.

"Buktinya mereka sudah belajar bersungguh-sungguh biarpun berdepan pelbagai cabaran dan musibah," katanya yang juga suami kepada selebriti popular, Neelofa.

Untuk rekod, PU Riz mendirikan rumah tangga dengan Neelofa pada 27 Mac tahun lalu dan mereka dikurniakan cahaya mata, Muhammad Bilal pada 31 Januari lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain