suria

Adriana Adnan tak mahu terlalu terbuka kongsi kisah peribadi... Tidak tertekan diaju tentang anak

Adriana tidak tertekan ditanya soal anak.

HAMPIR tiga tahun mendirikan rumah tangga, soalan mengenai cahaya mata antara yang sering diajukan kepada pelakon dan pengacara Adriana Adnan.

Mengakui tidak tertekan diasak pertanyaan itu, Adriana, 27, berkata dia dan suami iaitu Harez Hazim Hazrin menyerahkan soal zuriat itu kepada Allah SWT.

"Apabila tiba musim raya seperti sekarang ini, ramai yang akan bertanya soal zuriat. Saya akan jawab dengan jujur dan lantang. Tak pernah kisah pun orang bertanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Fattah Amin dan Diana Danielle ‘mengembara’ dalam mimpi, drama siri Viu Original terbaharu GANJIL, memang lain macam!

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah cinta penuh tragedi, dapatkah Kimhan kecapi bahagia bersama Mook dalam Irresistible... saksikan secara eksklusif di Viu

"Sejak awal perkahwinan saya dan suami memang tidak buat perancangan. Jika dikurniakan rezeki kami terima. Mungkin belum ada ke arah itu (zuriat) tapi diberi peluang untuk kerjaya.

"Kami juga sibuk fokus untuk kerjaya. Kalau ada anak takut tidak dapat beri perhatian sepenuhnya. Saya sentiasa berdoa agar dikurniakan cahaya mata pada waktu yang sesuai," katanya kepada mStar.

adriana adnan 2

Adriana dan suami masih beri fokus pada kerjaya.

Adriana ditemui ketika sidang media drama terbaharu lakonannya berjudul Seribu Nina yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada Selasa.

Adriana mendirikan rumah tangga dengan Harez pada September 2019.

Gara-gara jarang berkongsi foto bersama di media sosial, ada netizen mendakwa hubungan pasangan ini sedang bermasalah.

Menjawab mengenai perkara itu, pelakon drama Suri Hari Mr Pilot ini berkata sosial media adalah medium untuk dia berkongsi kisah kerjaya dan bukan hal berkaitan rumah tangga.

Kalau ada anak takut tidak dapat beri perhatian sepenuhnya. Saya sentiasa berdoa agar dikurniakan cahaya mata pada waktu yang sesuai

ADRIANA ADNAN

PELAKON/PENGACARA

"Suami saya pun bukanlah seorang yang suka bergambar atau mahukan perhatian. Di laman sosial dia pun jarang berkongsi tentang saya. Sosial media kami lebih kepada kisah kerjaya dan rakan-rakan.

"Orang hanya nampak apa yang kita kongsi di media sosial sedangkan mereka tidak tahu apa yang kami lalui. Lebih baik tidak berkongsi kisah peribadi supaya peminat lebih fokus kepada kerjaya saya," ujarnya.

adriana adnan 3

Pelakon, pengarah dan penerbit Seribu Nina.

Membawakan lapan watak berbeza dalam drama Seribu Nina arahan Umi Salwana Omar ini memberi satu kepuasan buat Adriana sekaligus membuktikan dirinya punya bakat sebagai pelakon selain menjadi pengacara.

"Selama ini orang mungkin hanya nampak saya sebagai pengacara sahaja. Menerusi drama ini ia bagaikan membalas dendam kerana melakonkan lapan watak berbeza. Harap peminat dan penerbit boleh melihat bakat saya.

"Memang penat berlakon drama ini, apalagi saya juga perlu membahagikan masa penggambaran dengan komitmen sebagai pengacara hLive tetapi apabila selesai penggambaran saya rasa puas," jelasnya.

Drama tersebut turut menampilkan pelakon Syafiq Kyle dan Marsha Milan bakal bersiaran di aplikasi Viu bermula 19 Mei.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain