suria

Lukisan dapat perkenan Sultan Johor, Joey Daud macam tak percaya dititah lukis 15 mural di Muar

Karya Joey mendapat perhatian Istana Johor.

PELAWAK Joey Daud tidak menyangka lukisan mural yang dihasilkan di bandar Muar, Johor mendapat perhatian Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Baginda yang menyukai karya tersebut telah menitahkan Joey untuk melukis 15 lagi lukisan dinding di sekitar bandar tersebut selain tiga di Tangkak.

ARTIKEL BERKAITAN: Hikmah pandemik... Joey Daud syukur rezeki mencurah-curah sampai hujung tahun, kawan-kawan lama tak muncul pun kini dapat ‘job’

ARTIKEL BERKAITAN: Macam main ‘puzzle’, Joey Daud pula dituduh pelawak jadi ‘bapa ayam’ - “Hanya kerana usia 40-an, asal dari Johor... orang petik nama dia”

Berkongsi perkara tersebut, Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud, 49, meluahkan rasa syukur dan berharap dapat melaksanakannya dalam masa yang ditetapkan.

“Alhamdulillah, baginda suka dengan konsep yang disampaikan dan saya berjaya menerima tawaran itu walau ramai pihak lain yang turut menghantar tender.

“Pada mulanya saya hanya menghasilkan tiga mural untuk Majlis Perbandaran Muar, Sultan Ibrahim yang kebetulan berada di sana melihat dan menyukai hasil potret saya. Jadi baginda menambah jumlah mural yang perlu disiapkan tahun ini iaitu sebanyak 15 mural,” katanya kepada mStar.

Alhamdulillah, baginda suka dengan konsep yang disampaikan dan saya berjaya menerima tawaran itu

JOEY DAUD

PELAWAK

Joey ditemui ketika sidang media filem Jango yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu.

Bercakap tentang filem tersebut, Joey menganggap ia sebagai satu peluang yang baik kerana gandingannya bersama Khir Rahman dalam pertandingan Muzikal Lawak Superstar dijadikan watak dalam sebuah filem.

Dalam masa sama, Joey tidak melihat usia sebagai penghalang untuk menggalas watak hero kerana penonton masa kini sudah bijak menilai bakat seorang pelakon.

joey 2

Joey rasa dihargai kerana masih diberi peluang jadi hero.

“Tawaran filem ini adalah peluang terbaik dan bodoh rasanya kalau saya menolak, filem ini juga akan diterbitkan siri sekuelnya, jadi rugi kalau tidak terima.

“Sebagai pelakon saya hanya hadiahkan diri saya dan buat yang terbaik untuk penonton. Mereka kini sudah bijak menilai bakat dan tidak kisahlah jika sesebuah filem itu menampilkan hero berusia.

“Saya juga tidak sangka dalam usia begini masih diberi peluang menjadi hero. Saya rasa dihargai dan akan gunakan peluang ini,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain