suria

Hikmah pandemik... Joey Daud syukur rezeki mencurah-curah sampai hujung tahun, kawan-kawan lama tak muncul pun kini dapat ‘job’

Joey bersyukur terima banyak tawaran lakonan selepas pandemik.

PELAKON dan pelawak Joey Daud mengakui tidak menang tangan apabila menerima banyak tawaran lakonan selepas dua tahun industri seni berdepan kesulitan akibat pandemik Covid-19.

Bersyukur industri kreatif kembali bernyawa, Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud, 49, berkata dia gembira apabila mengetahui ramai rakan pelakon seusianya turut menerima tawaran selepas lama tidak muncul.

"Alhamdulillah job saya back to back, ini pun baru habis sebulan shooting untuk satu drama sitkom, boleh dikatakan sampai hujung tahun ini jadual saya padat.

ARTIKEL BERKAITAN: Macam main ‘puzzle’, Joey Daud pula dituduh pelawak jadi ‘bapa ayam’

ARTIKEL BERKAITAN: Joey Daud hidap ‘trigger finger’, sakit dan kebas pada bahagian jari

"Apabila difikirkan balik, bagus juga pandemik ini sebab sekarang rezeki mencurah-curah, mungkin sebab produksi takut kalau lockdown lagi, itu sebab mereka mahu selesaikan kerja cepat-cepat.

"Saya juga bersyukur apabila ramai geng-geng pelakon yang dah lama tak ada, sekarang muncul balik sebab kekurangan pelakon. Iyelah pelakon sedia ada sekarang terlalu sibuk kerana banyak kerja, jadi mereka yang lama tak muncul pun dapat tawaran juga," katanya kepada mStar.

joey 2

Barisan pelakon filem Gadis Jolobu The Movie (dari kiri); Joey, Khir Rahman, Aihirine dan Datuk Hattan.

Ditanya mengenai kemunculan ramai personaliti media sosial yang ditawarkan peluang membintangi drama atau filem, Joey berkata sebagai pelakon senior dia terbuka untuk bekerjasama dengan bakat baharu lain.

Bagaimanapun Joey berpendapat pendatang baharu ini haruslah diberi peluang memulakan karier lakonan daripada bawah terlebih dahulu.

Saya tidak kisah jika ingin beri peluang kepada influencer atau Youtuber, tapi janganlah terus diberikan watak utama

JOEY DAUD

PELAKON/ PELAWAK

"Saya tidak kisah jika ingin beri peluang kepada influencer atau YouTuber, tapi janganlah terus diberikan watak utama.

"Sebaliknya mulakan dengan watak cameo atau pembantu terlebih dahulu kerana daripada situlah mereka dapat belajar bahasa kamera," ujarnya.

joey 3

Joey bersama isteri tersayang, Watie.

Dalam perkembangan lain, Joey sedang sibuk menjalani penggambaran filem terbaharu berjudul Gadis Jolobu The Movie arahan CL Hor.

Berkongsi cabaran membintangi filem ini, Joey berkata bukan tugas mudah untuk dirinya bertutur dalam dialek Negeri Sembilan.

"Saya terima tawaran filem ini sebab saya mahu belajar budaya Negeri Sembilan... walaupun saya anak kelahiran Johor, tapi saya cuba juga bertutur dalam dialek negeri berkenaan.

"Walaupun agak sukar tapi saya tidak takut sebab ramai orang Negeri Sembilan membantu saya seperti Datuk Hattan. Cuma kalau tawaran lakonan kena cakap dialek Pahang mungkin saya tolak sebab susah," ujarnya.

Selain Joey, projek mega dimeterai antara syarikat hiburan terkemuka Asia Pasifik, Tremendous Entertainment dan Zebra Studio Sdn Bhd turut dibintangi oleh Datuk Hattan, Khir Rahman dan Ahirine Ahirudin.

Gadis Jolobu The Movie menjalani penggambaran di Kampung Lonek, Negeri Sembilan sejak awal bulan lalu dan dijangka bakal ditayangkan di pawagam Jun depan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain