suria

Daiyan Trisha cantik, Haidar Hasanudin gemuruh kena berlakon jadi tunang!

Haidar seronok bekerjasama dengan Daiyan Trisha dalam drama Tetuan Ang & Rahimin.

PERTAMA kali berlakon dengan Daiyan Trisha dalam drama Tetuan Ang & Rahimin, pelakon baharu Haidar Hasanudin mengakui gementar apabila mendapat tahu bakal digandingkan dengan aktres berkenaan.

Haidar bagaimanapun berkata perasaan gugup itu berjaya diatasi selepas dia mengenali Daiyan secara peribadi di set penggambaran drama tersebut.

"Dalam drama ini saya menjayakan watak pembantu, menjadi tunang kepada karakter yang dibawakan oleh Daiyan. Sejujurnya, awal-awal memang sangat gementar nak berlakon dengan Daiyan.

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu ‘berkepit’, Daiyan Trisha sudah dua tahun rapat dengan abang Ummi Nazeera

ARTIKEL BERKAITAN:Daiyan Trisha alami kesan sampingan selepas sembuh Covid-19, kerap haus dan mengantuk

"Sebab pada pandangan saya Daiyan ni seorang pelakon yang berbakat besar dan cantik pula orangnya, tipulah kalau tak rasa gemuruhkan?

"Tapi bila dah kenal dan nampak keramahan dia di set penggambaran, terus rasa gugup itu hilang. Dia pula sangat baik dan beri tunjuk ajar kepada pelakon baharu macam saya ni," katanya kepada mStar.

daiyan 2

Lakonan Haidar dan Daiyan menerima pujian penonton.

Mahu serius bergiat aktif dalam dunia lakonan, Haidar berkata tawaran membintangi drama Tetuan Ang & Rahimin menjadi platform terbaik untuknya melebarkan lagi sayap sebagai pelakon.

Kata Haidar, dia meletakkan sasaran untuk menjadi seorang pelakon versatil dan sehebat beberapa nama besar dalam industri lakonan tanah air.

Syukur penonton suka lakonan saya dan ada sedutan babak lakonan bersama Daiyan tular di TikTok

HAIDAR

PELAKON BAHARU

“Selain menjadi pelakon tambahan, saya juga pernah melibatkan diri menjadi pengacara untuk program Podcast Malam Jumaat bersama Fify Azmi dan menjayakan beberapa tawaran pengacaraan berskala kecil.

"Alhamdulillah rezeki saya dapat tawaran membintangi drama bersiri arahan Wan Hasliza dan Wan Alauddin ini. Saya anggap ia sebagai permulaan yang baik, terima kasih kepada Rashidi Ishak kerana membuka jalan ini.

haidar 1

Haidar mahu serius dalam bidang lakonan.

"Syukur penonton suka lakonan saya dan ada sedutan babak lakonan bersama Daiyan tular di TikTok. Sekarang ini saya baru sahaja selesai menjalani penggambaran telefilem berjudul Angah arahan Eyra Rahman.

"Untuk telefilem itu, saya berlakon bersama Puteri Balqis. Selepas ini saya memang serius mahu menceburkan diri dalam bidang seni. Saya mahu buktikan kebolehan dan mahu menjadi anak seni berjaya seperti Bront Palarae dan Amerul Affendi," ujarnya.

Tetuan Ang & Rahimin yang turut menampilkan lakonan Rashidi Ishak, Ben Amir dan Anita Baharom ini bersiaran di Astro Ria setiap Isnin hingga Khamis pukul 11 malam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain