suria

Bekas isteri Da’i Farhan dah tak bertudung, bangga tayang rambut panjang warna perang - “Kalau mati hari ini saya yang tanggung”

Penampilan terbaharu Erin

PENAMPILAN baharu bekas isteri pendakwah bebas Da'i Farhan iaitu Dr Erin yang kini tidak bertudung mengejutkan ramai pihak.

Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi, 42, menerusi laman sosialnya memuat baik beberapa keping foto memperlihatkan rambutnya yang panjang dan berwarna perang.

ARTIKEL BERKAITAN: Aura wanita ke-19 dah pudar... Da'i Farhan cerai isteri sedang hamil, ulang sejarah lama

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri dakwa Da'i Farhan tipu dapat kebenaran poligami - “Langsung tidak terfikir isteri ustaz sebenarnya tak restu”

Menerusi ruangan kapsyen pula, Erin berkata dia mahu menjalani kehidupannya yang lama.

“Awak telah merampas hidup saya, dan kini saya mahukannya kembali.

“Lautan mungkin mencabar, namun saya adalah kapten. Biar apa pun kesukaran, saya akan menang,” tulis Erin.

Dalam pada itu, Erin berkata, kehidupan seseorang individu tidak boleh dibandingkan dengan individu lain kerana masing-masing berdepan ujian berbeza.

erin 2

Lelaki yang dilihat rapat dengan Erin

Katanya, tiada siapa pun manusia di dunia ini yang dilahirkan sempurna.

“Hidup ini indah kalau kita pilih untuk indahkannya.

“Jangan bandingkan kehidupan kita dengan mana-mana manusia kerana kita hidup untuk diuji.

“Jika anda rasa kehidupan anda bahagia dan sempurna, maka anda gila,” tulisnya pada satu hantaran lain.

Biar saya jalani hidup sendiri sebaik yang saya mampu

DR. ERIN

Sementara itu, menjawab beberapa pertanyaan netizen tentang tindakannya itu, Erin berkata, apa yang dilakukan itu adalah urusan dia dengan Allah.

Selain itu, Erin yang dilihat kini mempunyai kekasih berkata, lelaki itu meletakkan had untuk dia mendedahkan rambutnya.

“Kalau saya mati hari ini saya yang tanggung. Kita ni takut mati bukan takut dosa tak pakai tudung. Banyak lagi dosa yang orang tak nampak kita kena risaukan.

“Biar saya jalani hidup sendiri sebaik yang saya mampu.

“Tak boleh warnakan rambut sebab ‘cik abang’ tak bagi. Ini pun dia dah bagi limit free hair,” balas Erin pada ruangan komen.

erin 3

Perkahwinan Erin dan Farhan tidak bertahan lama

mStar cuba menghubungi Erin namun sehingga kini masih tiada jawapan.

Rata-rata netizen turut terkejut dengan perubahan itu namun tetap mendoakan agar dia diberikan hidayah untuk kembali menutup aurat seperti yang dituntut Allah.

Erin pernah berkahwin dengan Farhan di Mekah pada November 2019.

Kisah itu menjadi perhatian ramai kerana Erin merupakan isteri kedua Farhan ketika itu.

Mereka bercerai pada April 2020 ketika Erin sedang hamil dan keguguran ketika usia kandungan dua bulan.

Sebelum itu juga, Erin pernah dua kali mendirikan rumah tangga dan mempunyai lapan orang anak.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain