suria

Sakit hati baca status orang di media sosial? Faralyna Idris suruh periksa diri, jangan jadi individu toksik

Faralyna juga akui rindu untuk berlakon

PERNAH berhadapan dengan orang yang dianggap ‘toksik’, pelakon Faralyna Idris ada pendekatan sendiri untuk menangani perkara tersebut.

Menurut Faralyna, 31, selain menjauhi individu sedemikian, apa yang lebih penting juga adalah melihat kepada diri sendiri jika mempunyai ciri-ciri sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Impian timang anak lelaki tak kesampaian, Faralyna Idris alami keguguran pada 1 Ramadan

ARTIKEL BERKAITAN: Faralyna Idris Temui Cinta Dalam 'Sutera Cinta'

“Rasanya semua orang pernah mengalami situasi begini. Seperti yang saya kongsikan dalam Instagram, lebih baik abaikan sahaja.

“Dalam masa sama, perlu lihat diri sendiri dahulu. Adakah wujud perasaan negatif apabila kita melihat atau terbaca status orang lain di media sosial?

“Kita perlu tahu pendirian diri kita yang sebenarnya,” kata Faralyna ketika dihubungi mStar.

faralyna 2

Faralyna suka berkongsi nasihat di media sosial sebagai peringatan untuk diri sendiri.

Pada Khamis, pelakon drama Asmara ini berkongsi nasihat tentang berdepan individu toksik di media sosial miliknya.

Ibu kepada dua cahaya mata ini bagaimanapun memberitahu status nasihat yang dikongsi itu tidak ditujukan kepada mana-mana individu dan ia hanya sekadar perkongsian.

Dalam masa sama, perlu lihat diri sendiri dahulu. Adakah masa wujud perasaan negatif apabila kita melihat atau terbaca status orang lain di media sosial?

FARALYNA

PELAKON

“Sekarang ini ramai pengikut saya di Instagram terdiri dalam kalangan remaja. jadi ia sekadar perkongsian dan untuk peringatan kepada diri sendiri.

“Sosial media ini sebenarnya lebih banyak keburukan jika salah guna. Kalau mahu gunakan untuk kebaikan perlu tahu cara terbaik untuk mengawalnya,” kata Faralyna.

Sementara itu ditanya tentang kerjaya seni, Faralyna mengakui rindu untuk kembali berlakon namun masih belum ada waktu yang sesuai.

faralyna 3

Faralyna bersama suami dan dua anaknya.

“Tipulah kalau saya katakan tidak rindu untuk ke set penggambaran.

“Tetapi jika Allah takdirkan ini adalah jalan terbaik untuk saya, maka pengalaman berlakon dahulu saya jadikan kenangan terindah dalam hidup.

“Masih ada terima tawaran cuma masa tidak sesuai. Suami tidak menghalang kalau saya mahu terus berlakon," ujarnya.

Faralyna mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Fikri Abdullah pada Disember 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan bernama Fira Anggun dan Fira Ayu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain