suria

Aliff Syukri kena maki dengan netizen gara-gara tulis ucapan birthday, luah perasaan bosan hidup tanpa Sajat

Gara-gara beri ucapan hari lahir kepada Sajat, Aliff Syukri kena kecam.

TINDAKAN usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri menulis ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran sahabat baiknya iaitu Sajat mengundang rasa kurang senang netizen di laman sosial.

Tidak melihat ucapannya itu sebagai satu isu besar, Aliff, 35, berkata dia hairan apabila netizen memarahinya kerana perkongsian di Instagram itu.

"Aku malas nak layan korang sebenarnya, tak salah pun kalau aku nak wish dia punya birthday.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak-anak dah besar, Aliff Syukri malu jika ada kontroversi... Takut dilabel orang tua tak sedar diri

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri terkejut dakwaan hantar staf sendiri bida aset Sajat - “Saya dah tua, tak nak kontroversi dah”

"Aku rasa antara salah dia itu biar (dia) dengan Tuhan, aku tak nak masuk campur!

"Korang yang nak marah-marah aku, maki-maki aku kat Instagram dah kenapa?" kata Aliff menerusi aplikasi TikTok.

aliff 3

Netizen kurang senang perkongsian Aliff Syukri di Instagram.

Sebelum itu, seorang pengikut mempersoalkan tindakan Aliff memberi ucapan sempena ulang tahun kelahiran Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang ke-37 yang disambut pada Rabu lalu.

"Datuk akan masuk neraka tau apabila ucap happy birthday dekat Sajat! Saya tak sukalah," komen seorang pengikut.

Semua cerita kau susah dan senang aku tahu aku harap kau tabah menghadapinya!

ALIFF SYUKRI

USAHAWAN KOSMETIK

Pada Jumaat, menerusi Instagram penyanyi lagu Cuba Bahagia ini menulis ucapan istimewa untuk sahabat baiknya itu yang kini menetap di Australia.

"Selamat hari jadi kepada kawan baik, bekas jiran yang sekarang di Australia, Sajat. Bosan rasanya apabila kau tak ada di sini.

"Apa pun yang terjadi aku sentiasa mendoakan kau bahagia di dunia dan akhirat. All the best dan semoga sukses walaupun di mana anda berada.

aliff 2

Aliff dan isteri Datin Seri Nur Shahidah bersahabat baik dengan Sajat.

"Semua cerita kau susah dan senang aku tahu aku harap kau tabah menghadapinya. Semoga kau panjang umur, dipermudahkan segala urusan hendaknya," tulis Aliff.

Untuk rekod, Sajat memilih memulakan kehidupan baharu di Australia sejak Oktober tahun lalu kerana merasa tidak selamat tinggal di Malaysia.

Sebelum ke sana, Sajat pernah melarikan diri ke Thailand namun ditahan oleh pihak imigresen pada 8 September 2021 kerana memiliki pasport tidak sah.

Ketika itu Sajat mengemukakan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian (UNHCR) dan memaklumkan dia mahu berhijrah ke Australia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain