suria

Dipersoal jarang kongsi foto Maryam di IG, Mawar Karim akui bimbang terkena penyakit Ain

Mawar akui dinasihatkan kurang berkongsi gambar anak di media sosial.

GARA-GARA berkongsi foto memperlihatkan anaknya, Wan Maryam seorang diri ketika bercuti di Johor Bahru bersama bekas suami Fizo Omar, netizen mendakwa usahawan Mawar Karim seakan-akan tidak 'move on'.

Bukan itu sahaja, segelintir netizen juga mempertikaikan tindakan Mawar yang dilihat kini sudah tidak lagi berkongsi foto bersama anak perempuannya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Mawar Karim dituduh cemburu kerana larang bakal isteri Fizo Omar gelar diri mummy atau mama pada anak - “Saya masih waras... tak perlu iri hati”

ARTIKEL BERKAITAN: “Logik ke saya buat begitu?” - Fizo Omar jawab tuduhan bekas isteri abaikan anak ketika bercuti

"Selalu nampak anak dengan Fizo ja. Gambar dengan Mawar tak pernah up pun. Bila masa Mawar ada dengan anak?" komen netizen.

Bagaimanapun, Mawar atau nama sebenarnya Mawar Abdul Karim tampil memberi penjelasan berhubung tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Fizo 2

Mawar muat naik video anaknya berkongsi mengenai percutian bersama Fizo dan isteri.

Ujarnya lagi, dia pernah dinasihati untuk tidak selalu berkongsi foto Maryam kerana gusar ada pihak yang iri hati.

"Maryam memang ada dengan saya. Setiap dua minggu sekali Maryam akan ke bapanya. Saya bukan la seorang yang setiap lima minit buat live letak Maryam, setiap 10 minit buat IG Story ada Maryam.

"Setiap 15 minit buat video banyak-banyak simpan, hari-hari kongsi di media sosial walaupun hakikatnya Maryam sudah tiada di situ.

"Bagi saya masa dengan Maryam amat privasi juga perlu jaga kualiti. Saya jarang kongsi cerita pasal Maryam kerana saya pernah ditegur oleh seorang hamba Allah, jangan selalu kongsi gambar atau aktiviti anak takut banyak penyakit Ain dan hasad.

"Jadi saya pegang kata-kata tu. Ya memang media sosial saya hanya kongsi bisnes sebab IG officials atas nama Mawar Karim bukan Maryam," jelasnya.

Jadi, mana-mana ibu akan buat yang terbaik untuk anak-anak.

MAWAR KARIM

USAHAWAN

Terdahulu, tindakan Mawar memuat naik dua perkongsian di InstaStory seolah-olah menyifatkan percutian anaknya bersama bekas suami di LEGOLAND Malaysia, Johor, tidak seindah yang disangka.

Mawar mendakwa menerima foto Maryam seorang diri di taman tema itu daripada individu yang dirahsiakan identitinya.

Katanya, dia memandang serius dengan kejadian itu terutamanya selepas mendengar sendiri daripada mulut Maryam.

"Satu lagi, ada hamba Allah hantar gambar dekat saya. Jadi, mana-mana ibu akan buat yang terbaik untuk anak-anak.

"Bila saya tunjuk gambar Maryam sorang-sorang di situ mesti menjadi tanda tanya. Yang menghairankan saya juga apabila Maryam sendiri cakap dengan saya, 'mummy, Maryam merajuk sikit'.

Fizo 1

Fizo bercuti bersama anaknya, dan isteri di LEGOLAND Malaysia.

"Mungkin bagi anda perkara ini sangat remeh. Tapi bagi saya tidak. Mungkin juga awak tidak rasa, lalui, perkara apa yang saya sedang hadapi. Hanya melihat dari jauh," katanya.

Dalam pada itu, Mawar turut memuat naik video Maryam yang menyebut perkataan trouble dan sad ketika disoal kenapa dia bersendirian di sana.

"Maryam cari daddy..panggil daddy. Maryam sad," kata Maryam kepada ibunya.

Usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan daripada Fizo dan Mawar berhubung perkara tersebut gagal apabila mereka tidak memberi respon kepada mesej serta panggilan.

Untuk rekod, Mawar berkahwin dengan Fizo pada November 2013 namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka memiliki seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia lima tahun.

Selepas dua tahun menduda, Fizo bernikah buat kali kedua dengan bekas pramugari, Fazeera pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain