suria

Upiak Isil serik didekati lelaki mata duitan, sering disangka banyak duit... rokok pun minta belikan!

Upiak berasa serik didekati lelaki-lelaki bermata duitan.

SUDAH enam tahun hidup menjanda, penyanyi Indonesia Upiak Isil mengakui dia sudah serik didekati lelaki mata duitan dan gemar mengambil kesempatan terhadapnya.

Menurut penyanyi berusia 37 tahun ini, keadaan itu menyebabkan dirinya tidak selesa untuk berkenalan dengan mana-mana lelaki.

ARTIKEL BERKAITAN: Mental Upiak Isil tak kuat, hati cepat tersentuh baca kritikan netizen - “Rezeki saya bukan mereka yang atur”

"Janganlah lelaki-lelaki yang nak dekati ini berasakan yang saya ini banyak duit. Saya cari duit untuk makan, bayar segala bil, segala hutang dan berikan kepada orang tua.

Jangan memandang saya ini kaya. Sebelum ini saya kenal dengan beberapa orang lelaki yang bersikap begitu.

UPIAK ISIL

PENYANYI

"Jangan memandang saya ini kaya. Sebelum ini saya kenal dengan beberapa orang lelaki yang bersikap begitu. Sampaikan makan pun saya yang selalu kena bayar.

"Kalau saling memberi, saling menerima, okay la juga. Kalau rokok pun minta saya yang belikan, tak mahulah saya," katanya kepada mStar.

Upiak ditemui di program realiti Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Ahad.

Dalam pada itu, penyanyi yang popular dengan lagu Tak Tung Tuang ini menjelaskan bahawa keputusan untuk bercerai sebelum ini bukanlah atas permintaan bekas suaminya.

Upiak 2

Upiak akui kesibukan dengan aktiviti seni punca perpisahannya dengan bekas suami.

"Saya yang ikhlaskan dia untuk mencari wanita lain kerana diri terlalu sibuk dengan aktiviti seni. Keputusan berpisah dicapai bersama.

"Sebab dia pun memang mahu isteri yang cuma duduk di rumah, yang mana saya tak boleh pikul tanggungjawab itu.

"Rumah tangga yang dibina pada tahun 2013 itu cuma bertahan selama empat tahun saja. Jodoh kami tak panjang dan tidak juga punya anak.

"Khabarnya, dia juga sudah bernikah dengan wanita lain," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain