suria

Lagu ‘Rindu’ versi Korea Selatan batu loncatan MFMF. berkolaborasi dengan artis YG Entertaiment

MFMF. mahu bawa karya Malaysia ke Korea Selatan.

MISI komposer MFMF. untuk membawa karya Malaysia ke Korea Selatan nampaknya semakin hampir selepas berkolaborasi dengan penyanyi dan komposer negara itu iaitu Jimmy Brown untuk lagu trilogi mereka berjudul Rindu.

Salah seorang ahlinya Brendan Lim berkata, mereka juga dalam usaha untuk bekerjasama dengan penyanyi daripada agensi artis terkenal YG Entertainment pada tahun hadapan.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi baharu, Harith Zazman dedah kisah disebalik lagu ‘Cute’ - “Seronok dapat berkarya, duit itu datang kemudian”

"MFMF. menghasilkan sebuah lagi lagu berjudul Rindu trilogi yang mendapat sentuhan tiga bahasa iaitu Korea, Mandarin dan Bahasa Melayu dengan tajuk yang berbeza.

"Rindu part 1 kolaborasi MFMF. bersama penyanyi dan penggubah lagu dari Korea Selatan, Jimmy Brown telah pun dilancarkan di semua platform strim digital pada 26 Oktober 2021.

"Kami melihat ia sebagai batu loncatan untuk kami menempa nama di Korea kelak. Kami juga sedang menjalankan usahasama dengan salah seorang artis debut YG Entertainment pada tahun hadapan.

"Bagi Rindu part 2 pula MFMF. berkolaborasi bersama Gaston Pong dan Madison Lau iaitu penyanyi Malaysia yang sangat berbakat bagi Rindu versi Mandarin. Lagu versi Mandarin dilancarkan pada 12 November lalu," ujarnya.

mfmf2

Rindu versi Bahasa Melayu MFMF. berkolaborasi bersama Airlift dan Alex Ungu.

Selain Brendan Lim, MFMF. turut dianggotai oleh Justin Seow dan Zen.

MFMF. mula dikenali sebagai komposer menerusi lagu hit Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali dan Cute (Harith Zazman).

Sementara itu, bagi Rindu part 3, mereka berkolaborasi dengan penyanyi Airlift dan Alex Ungu bagi versi bahasa Melayu yang sudah dilancarkan di semua platform strim dan digital pada Jumaat lalu.

"Rindu part 3 merupakan lagu patah hati, khas buat golongan yang sering dianggap kawan, sedang mengalami tekanan perasaan, depresi dan kekecewaan.

"Rindu versi Bahasa Melayu merupakan gabungan MFMF. bersama Airliftz dan juga Alex Ungku, sekaligus menjadikan lagu ini sebagai pertaruhan pertama mereka di dalam industri seni arus perdana," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain