suria

Didoakan tersingkir awal, Fazley Yaakob ‘happy’ kewujudan di pentas GV8 dapat perhatian

Fazley menahan sebak terkenang arwah bapanya ketika menyanyikan lagu Laguku Untukmu.

DUA minggu berturut-turut berada di kedudukan tiga tercorot, penyanyi Datuk Fazley Yaakob terbuka menerima komen netizen yang mendoakan dia tersingkir dari konsert Gegar Vaganza lapan (GV8).

Menganggap dirinya masih mendapat perhatian di GV8, Fazley atau nama sebenarnya Ahmad Fadzli Yaakob berkata penonton bebas untuk memberi kritikan.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazley minta maaf nyanyi sumbang, rasa susah menyanyi lagu sendiri... Terkenangkan anak punca gementar atas pentas GV8

"Apabila ke pentas GV minggu pertama saya dah buka minda dan saya tak tutup pun ruang komen, saya benarkan mereka untuk kritik, mengeji dan sebagainya.

Fazley 2

Fazley berjaya melayakkan diri ke minggu ketiga konsert GV8.

"Bila di pentas GV kita milik mutlak penonton, hak mereka untuk menilai. Jadi bila ada orang minta kita terkeluar, maknanya orang ambil peduli untuk apa yang kita buat.

"Kalau orang tak nak pilih siapa yang mereka nak keluar maknanya saya tak tonjolkan apa-apa di pentas GV," kata Fazley kepada mStar.

Fazley menyanyikan lagu Laguku Untukmu pada konsert GV8 minggu kedua yang berlangsung pada malam Ahad di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Kalau saya tersingkir pun, saya tetap akan berasa happy.

FAZLEY YAAKOB

PENYANYI

Malam itu menyaksikan Fazley berada di kedudukan kedua terbawah dengan markah sebanyak 56 peratus.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Asmara Ini mengakui nyanyiannya kurang menyengat disebabkan sudah 10 tahun tidak beraksi di pentas besar.

Bagaimanapun, Fazley yang juga seorang cef selebriti tetap akan berasa gembira sekiranya tersingkir di konsert seterusnya.

Fazley 1

Fazley tetap gembira sekiranya tersingkir.

"Saya dah jelaskan 10 tahun tak menyanyi, dah bertahun-tahun tak nak masuk GV, tapi kali ini saya masuk untuk anak perempuan saya.

"Kalau saya tersingkir pun, saya tetap akan berasa happy sebab saya dah buat apa yang saya nak buat," ujarnya.

Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV8 turut menampilkan Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri tetap.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain