suria

Pernah diserang sakit jantung dalam ‘flight’, keadaan kesihatan Ebby Yus semakin baik

Keadaan Ebby Yus semakin baik namun masih perlu melakukan rawatan susulan.

SELEPAS mengalami serangan jantung di dalam kapal terbang Oktober lalu, keadaan kesihatan pelawak Ebby Yus kini semakin baik.

Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, 65, mengakui keadaan kesihatannya tidak menentu dan perlu diberi perhatian serta sentiasa berjaga-jaga.

"Sebelum ni tak pernah jadi macam tu, ada la kadang-kadang sakit dada tapi tak ada la sampai tak sedarkan diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Ebby Yus tolak tawaran penderma buah pinggang, kesihatan semakin baik - “Saya alami enam penyakit tapi semuanya masih terkawal”

ARTIKEL BERKAITAN: Simpati penderitaan Ebby Yus, pelawak bersatu hati cari dana

"Kesihatan saya tu memang lama dah on off. Kalau kita jaga ok la, kalau tak jaga itu yang menjadi kurang ok la.

"Tapi sekarang ni syukur Alhamdulillah la kalau nak dibandingkan dengan keadaan saya ketika pergi umrah Oktober lalu," katanya kepada mStar.

ebby_yus_1637303738

Ebby Yus akui keadaan kesihatannya tidak menentu.

Ebby Yus ditemui ketika majlis pelancaran program realiti terbaharu Mencari Sepahtu Yang Hilang di The Summit 1, VE Hotel, The Vertical, Bangsar South, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sebelum ini, Ebby Yus pernah mendedahkan dia dimasukkan ke hospital di Maldives akibat serangan jantung di atas kapal terbang sebelum tiba di Makkah bagi menunaikan umrah.

Dalam pada itu, Ebby berkata sebelum ini dia membuat rawatan susulan berhubung sakitnya di Institut Jantung Negara (IJN) dengan bantuan pihak kerajaan namun kini terpaksa merujuk ke hospital lain.

Kesihatan saya tu lama dah on off, kalau jaga okey la.

EBBY YUS

PELAWAK

"Sejak balik sini, saya belum jumpa doktor lagi... hanya di Maldives tu saja la. Saya memang dah lama makan ubat secara berterusan, doktor kata memang effect pada jantung.

"Insya-Allah saya memang dah ada temu janji bersama doktor untuk pemeriksaan jantung pada Januari tahun hadapan.

"Sebelum ini memang ada buat pemeriksaan di IJN dengan bantuan kerajaan tapi sekarang terpaksa tukar hospital lain,' ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain