suria

[VIDEO] Ellie Suriaty guna rawatan homeopati, amal makanan sunah cegah Covid-19 - “Kita tidaklah bodoh untuk faham data saintifik”

TIADA unsur paksaan dalam hal kebebasan perubatan.

Begitulah prinsip yang dipegang pelakon dan pengarah Ellie Suriaty Omar dalam isu menolak pemberian vaksin Covid-19 terhadap dua anaknya.

Ujar Ellie, 51, dia dan suami yang juga aktor Azri Iskandar, 53, menghormati keputusan anak-anak mereka yang berumur 17 dan 12 tahun itu atas faktor keselamatan dan kesihatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pembikinan filem Mael Totey masih ketinggalan, Ellie Suriati kata tak capai ‘standard’ - “Ia bukan benchmark karya kreatif”

"Saya dan suami sependapat, ini untuk kesihatan mereka... mereka mempunyai medical freedom. Kita faham kehendak anak-anak.

"Apabila anak-anak beritahu taknak ambil vaksin jadi saya perlu hormat keputusan mereka," katanya ketika dihubungi mStar.

Ellie tampil mengulas tentang laporan polis yang dibuat dua anaknya iaitu Azrell Omar Azri Iskandar, 17, dan adik perempuannya, Nur Azreen Omar Iskandar Azri Iskandar, 12, serta seorang rakan mereka Muhammad Hanif Haikal Jeffery, 17, di Balai Polis Taman Melawati, Kuala Lumpur pada Isnin.

laporan

Laporan polis yang dibuat oleh Azrell dan adik perempuannya, Nur Azreen di Balai Polis Taman Melawati, Kuala Lumpur pada Isnin.

Laporan polis berkenaan bagi menyatakan hak mereka untuk menolak suntikan vaksin yang akan dilaksanakan kerajaan terhadap pelajar tidak lama lagi.

Ketiga-tiga mereka bimbang akan implikasi yang boleh menimpa sekiranya mengambil suntikan vaksin.

Sementara itu mengulas lanjut tentang dakwaan kononnya dia sekeluarga termasuk dalam golongan yang dilabel sebagai anti vaksin, Ellie berkata orang ramai perlu melihat isu ini dalam sudut lebih luas.

Katanya vaksin yang digunakan sebagai pelali bagi melawan Covid-19 pada ketika ini masih dalam fasa kajian klinikal.

Saya harus mengatakan yang kita bukan anti vaksin, kita bukan orang yang menolak vaksin bulat-bulat. Sejak kecil saya pun ambil vaksin.

ELLIE SURIATY

PELAKON/PENGARAH

"Saya harus mengatakan yang kita bukan anti vaksin, kita bukan orang yang menolak vaksin bulat-bulat. Sejak kecil saya pun ambil vaksin.

"Vaksin Covid-19 masih dalam kajian, dan kajian sepatutnya dibuat untuk tempoh lima hingga 10 tahun baru boleh diguna pakai atas manusia.

"Tapi sekarang ia dibuat dalam masa enam hingga lapan bulan, terus digunakan secara meluas... dekat situ kita persoalkan (keselamatan) kegunaan untuk anak-anak," katanya.

Tambah Ellie dia tidak akan meletakkan anak-anak dalam risiko dengan membiarkan mereka mengambil vaksin Covid-19.

"Adakah kerajaan nak bertanggungjawab if something happen?

"Saya ada empat orang anak, dua daripanya meninggal dunia ketika lahir dan akibat keguguran.

"Jadi ada dua orang saja yang hidup... saya tak akan ambil risiko," katanya yang turut belum mengambil vaksin Covid-19.

Dalam pada itu Ellie berharap dua anaknya itu tidak berdepan kesukaran terutamanya membabitkan masa depan mereka dalam pelajaran.

"Saya berharap ini tak menjejaskan anak-anak yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

elliee

Ellie Suriaty dan suami sependapat untuk tidak memberi paksaan kepada anak dalam hal perubatan.

"Malah anak saya yang berusia 12 tahun bakal nak masuk tingkatan 1. Jadi harapnya tidak la menjejaskan masa depan mereka disebabkan pilihan untuk tidak divaksin.

"Ini bukan pentingkan diri sendiri, tak ada. Ini semua ada pilihan," katanya.

Menurut Ellie lagi buat masa ini dia sekeluarga mengamalkan kaedah tradisional dalam usaha mengekang jangkitan virus maut itu.

"Tiada siapa nak Covid-19, kita ada persediaan sendiri. Kita memilih untuk menggunakan homeopati, habatus sauda dan makanan sunah untuk jaga kesihatan.

"Kalau orang kata vaksin ini sangat baik, tapi kenapa orang yang dah ambil masih kena Covid?

"Kita memang tak ada medical background tapi tidaklah bodoh untuk faham data saintifik. Kalau nak kata tentang perlindungan, hakikatnya peratusan jangkitan sama je dengan orang tak ambil vaksin," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain