suria

Apa salah Coki? Kali ini dapat gangguan mistik selepas buka ‘hadiah’ kosong - “Seram! Dengar suara perempuan nazak panggil nama saya”

Coki terima gangguan misteri selepas membuka bungkusan kosong yang dihantar pengirim tidak dikenali.

BELUM reda dengan ugutan jenayah dan pesanan palsu yang ditempah menerusi aplikasi penghantar makanan, kali ini personaliti media sosial, Coki berhadapan pula dengan kejadian misteri.

Coki atau nama sebenar Muhammad Danish Daniel, 16, berkata gangguan pelik itu berlaku di kediamannya yang terletak di Kedah sejak seminggu lalu.

Menurut Coki, kejadian mistik itu mula menganggunya selepas dia membuka sebuah bungkusan kosong yang tidak diketahui identiti pengirimnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Coki ‘cuak’ nyawa makin terancam, kisah rider hantar makanan COD jadi kes polis - “Pengirim mention nama bapa, ugut hantar kaki pukul”

"Saya rasa macam ada orang hantar sihir atau santau.... ada gangguan di rumah. Ceritanya, sebelum ini saya ada dapat satu parcel tak tahu daripada siapa.

"Pelik la juga kenapa orang hantar kotak kosong, bila saya buka bungkusan itu esoknya saya diganggu... dalam pukul 2 pagi saya dengar di dapur ada orang memasak sedangkan semua orang sudah tidur pada waktu itu. Bilik saya memang bersebelahan dengan dapur.

coki 1

Coki terima bungkusan kosong daripada individu tidak dikenali.

"Dua hari kemudiannya, saya dengar suara perempuan dalam keadaan nazak memanggil nama saya, semasa itu saya terus hubungi ayah yang sedang tidur di bilik dan minta dia datang ke dapur... memang menyeramkan!

"Bukan saya sahaja diganggu, malah ibu yang baru balik kerja pun kena kacau, nampak budak kecil di tepi bilik... selama lima hari berturut-turut saya berdepan kejadian seperti ini," katanya kepada mStar.

Famili ada bawa jumpa ustaz untuk berubat secara Islam.

COKI

PELAKON/ PERSONALITI MEDIA SOSIAL

Bimbang gangguan itu menjadi lebih parah, pelakon filem Petaka dan Hutang 2D ini berkata, keluarganya sudah mendapatkan rawatan perubatan Islam.

Ujarnya lagi, gangguan itu masih terkawal dan tidak sehingga menjejaskan kehidupan seharian mereka.

coki 2Coki terima pesanan makanan palsu dan ugutan bunuh daripada individu tidak dikenali.

"Benda ni masih ada! Famili ada bawa jumpa ustaz untuk berubat secara Islam.

"Alhamdulillah semuanya masih terkawal dan tidaklah sehingga mengganggu aktiviti harian saya, apa-apa pun kita kena percaya dan tawakal kepada Allah SWT," katanya.

Pada 20 Ogos lalu, Coki meluahkan rasa bengang apabila beberapa kali menerima pesanan palsu dan ugutan bunuh daripada individu tidak dikenali.

Gara-gara mesej berbaur ugutan itu, dia membuat empat laporan polis kerana bimbangkan keselamatan diri dan keluarga.

TONTON VIDEO COKI INI!

Artikel Lain