suria

Radin tersentuh ada yang pulangkan baki lepas beli barang keperluan, tak pernah rasa sangsi beri bantuan - “Kalau tipu... itu antara mereka dengan Allah”

Radin bersyukur dapat membantu keluarga dalam kesusahan akibat terkesan PKP.

HAMPIR setiap hari penyampai radio Era FM iaitu Radin menerima mesej peribadi di laman Instagramnya daripada individu yang berada dalam kesusahan dan memerlukan bantuan.

Sempati dengan situasi itu, Radin atau nama sebenarnya Radin Amir Affendy Ahmad Aruani berkata, menghulurkan sumbangan semampunya tanpa sebarang rasa sangsi dan syak wasangka.

ARTIKEL BERKAITAN: Radin kongsi berita duka, ibu tercinta meninggal dunia - “Damailah mama di syurga”

"Setiap hari saya terima DM di Instagram yang meminta bantuan. Kebanyakannya minta bantuan nak beli susu dan pampers anak. Saya bantu mana yang boleh, saya akan transfer duit kepada mereka.

Radin 1

Radin berkongsi video dia berjaya membeli barangan keperluan untuk 80 keluarga.

"Bagi saya kalau ada antara mereka ini tipu, terpulang la... itu antara mereka dengan Allah. Niat saya, selagi saya boleh bantu, saya akan bantu.

"Tapi rata-ratanya hanya minta duit untuk beli barang yang mereka perlukan saja. Saya pernah beri RM200 dan orang itu nak pulangkan baki selepas beli barang yang dia perlu, " katanya kepada mStar.

Pada 3 Julai lalu, pengacara berusia 31 tahun ini mengadakan jualan barangan peribadinya sendiri untuk mengumpul dana bagi menyediakan bantuan food bank.

Insya-Allah, memang ada perancangan untuk lakukan misi kedua dalam masa terdekat.

RADIN

PENYAMPAI RADIO

Berkongsi mengenai perkara itu, Radin meluahkan rasa syukur apabila berjaya mengumpul dana sebanyak RM7,000 termasuk RM5,000 hasil daripada jualan baju terpakai dan sumbangan daripada orang ramai.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu, Radin memberitahu dia turut memberikan RM500 daripada dana tersebut kepada rakan selebritinya iaitu Hefny Sahad yang turut melakukan misi food bank.

"Sebelum ini, saya pernah jual pakaian terpakai dan Alhamdulillah... saya berjaya dapat RM5,000 hasil daripada jualan tersebut. Campur dengan sumbangan orang lain, jumlah keseluruhan dapat RM7,000.

Radin 2

Radin adakan preloved barang terpakai untuk kumpul dana bagi misi food bank.

"RM500 saya transfer kepada beberapa individu yang minta bantuan di IG dan RM500 saya beri kepada Hefny untuk misi food bank dia juga. Ada lagi RM6,000 saya beli barangan keperluan asas untuk 80 keluarga.

"Barang-barang itu saya letak di kedai makan kawan saya, Izwan. Dia pun turut serta dalam misi ini. Pada Sabtu lalu, dalam 50 keluarga dapat barangan tersebut.

"Selebihnya kami berjalan rumah ke rumah di sekitar Subang dan Shah Alam. Insya-Allah, memang ada perancangan untuk lakukan misi kedua dalam masa terdekat, " ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain