suria

Selebriti tempatan sokong kempen Apa Khabar Anak Seni? Ambil tahu keadaan rakan-rakan terjejas PKP

WhatsApp Image 2021-07-13 at 7.03.55 PM

PEKERJA industri kreatif antara yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana semua aktiviti seni terutama penggambaran terpaksa dihentikan.

Melihat keadaan yang semakin membimbangkan, Delegasi Anak Seni (DAS) tampil dengan inisiatif dengan mewujudkan kempen Apa Khabar Anak Seni? di laman sosial.

Kempen bertujuan untuk semua pekerja industri kreatif termasuk penggiat seni bertanya khabar dan mengambil tahu mengenai mental, emosi, kewangan, juga kehidupan antara sama satu sama lain.

Penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha yang turut serta menyokong kempen tersebut mengakui ramai dalam kalangan mereka yang terjejas mata pencarian akibat PKP.

Amani berharap industri kreatif dapat bergerak semula.

Amani berharap industri kreatif dapat bergerak semula.

Mengakui berasa rindu untuk beraksi di pentas dan jalani penggambaran, Daiyan berharap industri kreatif dapat bergerak semula selepas keadaan negara semakin baik.

"Sepanjang tempoh PKP ini, industri kreatif terpaksa ditutup buat sementara waktu dan rata-rata pekerja yang terlibat dalam industri ini tak dapat bekerja.

"Tiada show dan tiada penggambaran dapat dijalankan. Kempen ini bertujuan untuk kita bertanya khabar mereka dalam tempoh pandemik ini.

Sepanjang tempoh PKP ini, industri kreatif terpaksa ditutup buat sementara waktu.

DAIYAN TRISHA

PELAKON

"Sejujurnya, memang rindu nak beraksi di pentas dan menjalani penggambaran. Apa-apa pun, kita doakan agar satu hari nanti kita dapat kembali bekerja," kata Daiyan menerusi kenyataan kepada media.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sejak Isnin, ramai selebriti sudah mula menggunakan tanda pagar #apakhabaranakseni sebagai tanda sokongan terhadap kempen tersebut.

Selain dapat mengeratkan silaturahim, kempen itu juga memberi kesedaran kepada selebriti dan pekerja industri kreatif termasuklah kru di sebalik takbir untuk mengambil berat antara satu sama lain.

Kempen 1

Azira berharap semua orang dalam keadaan baik sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

Dalam pada itu, pelakon Sharifah Amani turut menyokong kempen tersebut dan berharap ia menjadi satu sejarah untuk generasi akan datang.

"Saya percaya sebagai seorang anak seni, tugas kita lebih dari hiburan sahaja. Kita mencipta kisah sekarang, jadi mungkin suatu hari nanti, generasi akan datang boleh belajar darinya. Mudah-mudahan, " katanya.

Selain Daiyan dan Sharifah Amani, antara selebriti yang turut berkempen iaitu Nora Danish, Beto Kusyairy, Naim Daniel, Didie Alias, Azira Shafinaz, Elvina Mohamad dan Uyaina Arshad.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain