suria

Netizen hidu Zoey Rahman dan Zarina Anjoulie buat drama marketing, berlakon ‘sweet’ - “Jangan rapat, nanti beli boxer pun diungkit!”

Zoey anggap Zarina seorang yang jujur dan baik hati.

SEPERTI ada yang tak kena, kemesraan dan aksi 'sweet' pelakon sensasi Zarina Anjolie dan Zoey Rahman yang dipamerkan di media sosial sejak kebelakangan ini dipercayai sekadar mencari publisiti.

Tampil menjelaskan hal itu, Zoey atau nama sebenarnya, Mohd Hairey Azhar Abd Rahman, 36, yang juga seorang usahawan kosmetik berkata, tiada kepentingan untuknya menggunakan teknik pemasaran atau merketing sebegitu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh ambil vaksin di PPV khas OKU, Zoey Rahman hanya ikut arahan MySejahtera - “Aktor dapat layanan istimewa?

"Tak melibatkan marketing produk pun... sebab saya nak kena jaga beberapa client besar. Kalau guna publisiti murahan seperti ini ia akan menjejaskan produk saya sendiri.

"Lagi pun produk saya sudah dikenali, buat apa nak guna hubungan saya dan Zarina untuk produk pula, " ujarnya kepada mStar pada Selasa.

Zoey 1

Zoey seolah-olah beri bayangan sedang bercinta dengan Zarina.

Terdahulu, kata-kata pujian antara Zarina dan Zoey di laman sosial menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen.

Biarpun kedua-dua selebriti ini cuba memberi gambaran seolah-olah sedang bercinta, namun ada juga segelintir yang menganggap hubungan itu sekadar meraih publisiti semata-mata.

Malah, ada yang memberi nasihat kepada Zoey agar berhati-hati jika benar mempunyai hubungan cinta dengan aktres itu berikutan kontroversi Zarina dengan bekas suaminya.

"Dia nak samakan kisah Afgan dengan Rossa ke ni? Tapi versi Malaysia la... bezanya di sana diterima ramai. Marketing la tu, "

"Tak rasa ada hubungan istimewa pun. Hanya bisnes and marketing je ni.

Kami bertukar nombor telefon dan sehingga kini masih berkawan baik.

ZOEY RAHMAN

PELAKON

"Jangan cuba rapat dengan dia... nanti tak fasal dibelikan boxer diungkitnya kau tak mampu. Based on true story, " ujar netizen.

Dalam pada itu, bercerita lebih lanjut, Zoey berkata dia mengenali Zarina ketika sama-sama membintangi filem Lagenda Budak Setan pada tahun 2010.

Dia menganggap Zarina seorang kawan yang jujur dan baik hati.

"Kami kenal dah lama sejak 2010 dan selepas itu lost contact... tapi ada la sekali sekala tegur di Instagram. Lagipun sebelum ini dia sibuk dengan kontroversi, saya tak nak kacau.

zoey komen

Antara komen netizen di perkongsian Zoey.

"Kebetulan sekitar bulan Mac lalu, kami bertembung di sebuah klinik setelah sekian lama tak bertemu. Kami bertukar nombor telefon dan sehingga kini masih berkawan baik.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Nampak saja Anju seorang yang loud tapi kalau kenal dia lebih rapat, dia seorang yang jujur dan baik hati. Sebagai kawan, kami saling menasihati satu sama lain, " katanya.

Zarina sebelum ini mencetuskan kontroversi dengan episod rumah tangganya dengan Eilyas Azhar.

Pasangan itu berkahwin pada 17 Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan dan bercerai selepas enam bulan bergelar suami isteri.

69047417_2445750675700920_3189745994454431706_n

Zoey kini fokus kepada perniagaan jual makanan.

Namun dia mengumumkan kembali rujuk pada 2 Mac lalu sebelum bercerai semula pada 3 Mei lalu.

Selepas perceraian itu pelbagai kontroversi akibat perang mulut antara Zarina dan Eilyas yang membongkar cerita 'dalam kain' mengenai keretakan rumah tangga mereka di laman sosial.

Sebelum ini Zarina pernah mendirikan rumah tangga dengan pemuda dari Brunei pada 2015, namun bercerai pada Disember 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Awangku Gabriel Martis Ezra.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Wanita bingung kereta kemik angkara labu