suria

Bapa Azlan Typewriter meninggal dunia akibat Covid-19... hanya dapat tengok detik akhir melalui panggilan video

Azlan sedih tidak dapat menguruskan jenazah bapanya yang positif Covid-19.

SELEPAS tiga minggu bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19, bapa kepada penyanyi Azlan Typewriter, Sallehudin Che Ani, 68, meninggal dunia kira-kira pukul 4.25 petang Rabu.

Azlan atau nama sebenarnya, Nor Azlan Rosle Sallehudin, 39, memaklumkan bapanya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang selepas mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

ARTIKEL BERKAITAN: Azlan & The Typewriter ragu-ragu nak lancarkan lagu 'Jangan Khianati Aku'

Menurut Azlan dia berasa sayu apabila hanya berpeluang melihat detik terakhir pemergian bapanya menerusi sidang video.

"Ayah saya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.25 petang tadi (Rabu). Perasaan itu jadi sayu bila saya tengok sendiri Allahyarham perlahan-lahan menghembuskan nafas terakhir.

Azlan reda tidak dapat uruskan jenazah bapa.

"Pihak hospital beri kebenaran kami video conference dan semua adik-beradik saya pun ada sekali dalam sesi video tersebut.

"Bila sampai fasa ini (tak boleh uruskan jenazah bapa sebab Covid-19), saya hanya berserah kepada ketentuan Allah SWT," katanya ketika dihubungi mStar.

Azlan berkata pihak hospital akan menguruskan jenazah bapanya sehingga ke liang lahad berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) penyakit berjangkit yang telah ditetapkan.

Perasaan itu jadi sayu bila saya tengok sendiri Allahyarham perlahan-lahan menghembuskan nafas terakhir.

AZLAN

PENYANYI

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Hospital Selayang yang memberikan sepenuh kerjasama yang baik dalam menguruskan jenazah bapa saya.

"Dalam laporan media sebelum ini, saya cakap Hospital Serdang kan, sebenarnya saya tersilap... arwah sebenarnya dirawat di Hospital Selayang.

"Biasalah kita jadi kalut bila berhadapan dengan perkara sebegini," ujarnya

Want all kinds of info? Join the Telegram mStar group !

Artikel Lain