suria

“Saya juga alergi kepada benda-benda mengarut yang jadi kebelakangan ini!” - Keadaan cuaca tak menentu, Sarah Hildebrand alami alahan

Sarah Hildebrand mendapatkan rawatan disebabkan kesukaran bernafas.

PERUBAHAN cuaca yang tidak menentu kebelakangan ini menjadi punca penyakit alahan yang dihidapi pelakon Sarah Hildebrand bertambah teruk.

Sarah atau nama sebenarnya, Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, 31, barkongsi keadaan kesihatannya dengan memuat naik foto sedang menerima gas nebulizer di sebuah klinik.

ARTIKEL BERKAITAN: Muat naik foto 'free hair', Sarah Hildebrand buka tudung - “Terima kasih kepada yang positif dan menyokong tanpa menilai”

"Berapa ramai daripada anda semua yang ada asma atau alergik?



Perkongsian Sarah di Instagram.

"Cuaca sekarang tidak menentu sejak kebelakangan ini, dari keadaan panas tiba-tiba hujan lebat, setiap hari macam ini.

"Cuaca tidak menentu menyebabkan penyebaran habuk, debu serta kulat disebabkan cuaca lembap (yang menyebabkan pernafasan Sarah terganggu)," katanya.

Macam-macam isu jadi sejak kebelakangan ini dan ia juga merupakan salah satu alahan yang saya alami iaitu alergi kepada benda-benda mengarut.

Sarah Hildebrand

PELAKON

Sarah juga turut menyelitkan yang dia cukup 'alergi' dengan pelbagai permasalahan isu semasa yang melanda negara pada ketika ini.

"Macam-macam isu jadi pada negara kita sejak kebelakangan ini dan ia juga merupakan salah satu alahan yang saya alami iaitu alergi kepada benda-benda mengarut," katanya.

Sarah dan suami, Otto Gillen.

Sementara itu, rata-rata pengikut mendoakan pelakon berkenaan terus kuat dan cepat sembuh daripada penyakit itu.

Sarah memulakan kerjaya seninya pada tahun 2015. Pelakon kacukan Melayu-Amerika ini berkahwin dengan jejaka berdarah kacukan Filipina-Amerika, Otto Gillen pada 3 November 2019.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain