suria

Zhariff Afandi bersuara minta henti ‘tiaw’ Baby Shima isu hina OKU... kasihan kena buli siber

Shima hubungi sendiri Zhariff untuk memohon maaf.

KESAL video parodi aksi Zhariff Afandi yang dilakukan Baby Shima tular di media sosial, penyanyi berkenaan mengambil keputusan untuk menghubungi tokoh orang kurang upaya (OKU) itu pada petang Isnin.

Zhariff menerusi perkongsian di Facebook miliknya memberitahu Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli memohon maaf secara peribadi atas kesilapan yang tidak disengajakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Akibat bergurau tak kena tempat, Baby Shima teruk dikecam permainkan OKU - “Saya minta maaf sangat... tak ada niat nak hina”

Simpati dengan keadaan Shima, Zhariff meminta netizen berhenti meninggalkan komen negatif atau kecaman kepada penyanyi berusia 29 tahun itu.

Zhariff meminta netizen berhenti kecam Baby Shima.

"Baby Shima sudah menghubungi saya secara peribadi untuk memohon maaf atas perkongsiannya sebelum ini. Dia juga sudah menjelaskan bahawa dia tidak menyedari yang saya tidak mempunyai tangan.

"Bagaimanapun, tidak perlu teruskan lagi kecam ke atas gadis ini. Dia terima terlalu banyak kecaman di laman sosial, di mana ia bukan sesuatu yang baik," kata Zhariff.

Terdahulu, akibat tidak sensitif, Shima akhirnya mengundang kemarahan ramai apabila dia dilihat seolah-olah mempermain-mainkan keadaan fizikal Zhariff Afandi menerusi aplikasi TikTok.

Dia juga sudah menjelaskan bahawa dia tidak menyedari yang saya tidak mempunyai tangan.

ZHARIFF AFFANDI

TOKOK OKU

Dalam video terbabit, Shima melakonkan semula aksi Zhariff yang dilahirkan tanpa kedua-dua belah tangan dan menggunakan anggota kaki untuk melakukan tugas harian dalam sebuah sesi temu bual sebuah program TV.

Menerusi laporan mStar pada Isnin, Shima bagaimanapun menjelaskan dia tiada berniat untuk mempersendakan golongan OKU seperti Zhariff dengan melakukan parodi berkenaan.

Menyedari tindakannya dikecam, penyanyi lagu Pura-Pura Bujang itu terus mengambil langkah memadam video tersebut dan memohon maaf atas kesilapannya yang dilakukan secara tidak sengaja.

Video Baby Shima tiru semula aksi Zhariff dikecam netizen.

Dalam pada itu, Shima turut memuat naik video dia menghubungi Zhariff untuk membuat permohonan maaf dan menjelaskan perkara sebenar di Instagram miliknya.

"Sumpah demi Allah... saya tak ada niat nak hina abang (Zhariff). Saya buat video itu selepas melihat video abang di TikTok dan saya tak perasan langsung keadaan abang macam itu.

"Betul abang... sumpah demi Allah, saya tak perasan langsung. Saya tak ada niat langsung, saya buat untuk TikTok saya. Selepas 30 minit saya upload video, saya terbaca komen mengenai keadaan abang.

"Selepas saya mengetahui fasal abang, saya terus padam video itu. Tapi selepas empat hari, ada orang kongsi video tersebut. Saya betul-betul minta maaf," kata Shima kepada Zhariff.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain