suria

Bakal muncul dengan lagu rap bersama Sophia Liana, Wany Hasrita harap peminat terima kelainan

Single terbaharu Wany Hasrita kolaborasi bersama Sophia Liana akan keluar selepas sambutan raya tahun ini.

PEMENANG tempat ketiga Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35), Wany Hasrita bakal tampil dengan buah tangan terbaharu, lagu bergenre rap yang bakal dilancarkan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Menurut Wany atau nama sebenarnya, Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 29, dia mahu bereksperimen dalam mempelbagaikan genre lagu agar peminat tidak berasa bosan dengan seleksi lagu yang dibawakannya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Ada sesuatu yang besar Allah nak bagi kepada dia” - Wany Hasrita percaya Nabila Razali tak mudah patah semangat

"Saya sangat terbuka untuk bereksperimental dan saya rasa peminat nak saya bawakan lagu yang catchy sekarang ni seperti lagu Canggung dan Belenggu Rindu.

"Mungkin lagu-lagu macam itu lebih sesuai dengan suara saya. Ia sebenarnya bagus untuk profil kerjaya saya jika saya terus mencuba pelbagai lagi genre lagu-lagu yang ada di pasaran.

Sepatutnya saya berkolaborasi dengan Loca B untuk Pedas tapi tiada rezeki kali ini dan digantikan dengan Sophia Liana.

WANY HASRITA

PENYANYI

"Selepas ini saya akan lancarkan lagu kolaborasi dengan penyanyi rap wanita, Sophia Liana daripada kumpulan De Fam berjudul Pedas. Lagu ini akan dilancarkan selepas sambutan hari raya tahun ini," katanya kepada mStar.

Wany ditemui pada majlis lantikannya bersama Erra Fazira sebagai duta pelitup muka Himaya yang diadakan di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur baru-baru ini.



Wany Hasrita dan Erra Fazira dilantik duta pelitup muka Himaya.

Berkongsi lebih lanjut mengenai single terbaharunya itu, Wany pada mulanya berkata dia ingin bekerjasama dengan penyanyi rap Loca B namun tiada rezeki untuk mereka berkolaborasi kali ini.

"Sepatutnya saya berkolaborasi dengan Loca B untuk Pedas tapi tiada rezeki untuk kali ini dan digantikan dengan Sophia Liana.

"Bahagian rap dalam lagu ini akan dinyanyikan oleh Sophia dan saya berharap kelainan yang saya cuba bawakan ini dapat diterima baik oleh peminat," katanya.

Wany menjelaskan lagu Pedas mengisahkan tentang kaum lelaki yang sering kali memandang rendah terhadap golongan wanita yang dianggap lemah oleh mereka.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain