suria

Bintang ‘The World Of The Married’ Shim Eun Woo mengaku pernah buli kawan sekolah guna lisan

Shim Eun Woo didakwa membuli semasa zaman sekolah.

ISU buli membabitkan bintang Korea Selatan masih belum berakhir apabila kali ini pelakon drama The World of the Married iaitu Shim Eun Woo pula didakwa melakukan perkara sama semasa di zaman persekolahannya dahulu.

Seorang wanita yang merupakan rakan sekolah Shim Eun Woo mendakwa menjadi mangsa buli sehingga memberi kesan kepada psikologinya.

Tampil menafikan tuduhan tersebut, pihak pengurusan berkata Shim Eun Woo tidak melakukan perbuatan tersebut kerana dia merupakan pelajar contoh di sekolah.

Tidak berpuas hati dengan kenyataan pengurusan itu, kakak kepada individu berkenaan pula muncul dengan kenyataan baharu dan memberitahu banyak saksi yang melihat kejadian tersebut.

Enggan membiarkan isu ini terus menjadi perbualan hangat netizen sehingga mengganggu karier seninya, Shim Eun Woo melakukan pertemuan dengan bekas teman sekelasnya itu dan memohon maaf atas kesilapannya itu.

"Rupa-rupanya kata-kata saya kepada teman sekelas semasa itu meninggalkan luka dan emosi yang tak sepatutnya dilalui di usia remajanya.

"Saya sedar kata-kata dan perbuatan yang dibuat itu menyebabkan mereka terluka. Walaupun sudah terlambat tapi saya ingin memohon maaf ikhlas dari hati," katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain