suria

Didie Alias dan Pink Azwan bongkar kebenaran disebalik kontroversi artis dalam Lahar Net di Awesome TV

Didie pertama kali bergandingan dengan Pink Hazwan.

PROGRAM Lahar Net yang bakal membongkar kontroversi melibatkan selebriti bakal disiarkan setiap Sabtu pukul 9.30 malam sehingga 10 malam di Awesome TV, saluran 123, Astro dan 112, MyTV.

Lahar Net yang dikendalikan oleh dua pengacara sensasi Didie Alias dan Pink Azwan ini akan mengupas dan memberi ruang kepada artis yang terkait kontroversi memberi penjelasan dengan apa yang berlaku terhadap mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Memang kecoh! ‘Kembar Keliru’ lakonan Syazwan Zulkifly, Sweet Qismina sedia hiburkan penonton Awesome TV Ahad ini

"Lahar Net adalah program yang sangat menarik dan berlainan konsepnya kerana program ini membongkar kebenaran sesuatu perkara kepada penonton.

Didie suka konsep program Lahar Net.

"Sebelum ini, netizen hanya menghukum sebelum mengetahui perkara sebenar. Saya harus berdiri, mewakili rakan-rakan artis terutama sekali untuk menjernihkan situasi.

"Itulah sebab program seperti ini diwujudkan, ia akan membantu kami, anak-anak seni untuk memperbetulkan keadaan tetapi jika netizen tetap mahu mengecam, silakan," katanya.

Program Lahar Net akan mengupas tentang isu-isu semasa yang panas dan tular bersama selebriti jemputan berlainan setiap Sabtu.

Sementara itu, Didie juga memberitahu dia dan Pink Azwan berjaya mencari keserasian dalam mengendalikan program itu biarpun pertama kali digandingkan.

Sebelum ini, netizen hanya menghukum sebelum mengetahui perkara sebenar.

DIDIE ALIAS

PENGACARA & PELAKON

"Ini adalah kali pertama saya bekerjasama dengan Pink Azwan, di mana pada episod pertama kami sama-sama mencari momentum dalam pengacaraan.

"Banyak perbincangan yang kami telah buat dan Pink adalah seorang penghibur, senang untuk bekerjasama dan seorang yang bersungguh untuk belajar untuk menampakkan kami berdua mempunyai persamaan," ujarnya.

Dalam pada itu, Pink Azwan memberitahu program itu menjadi platform untuk penonton mengetahui jawapan untuk semua perkara atau berita viral di laman sosial.

"Lahar Net adalah program yang difikirkan bersama penerbit untuk mengeluarkan program kandungan viral untuk mendapatkan jawapan apabila mereka dikecam hebat di sosial media serta artikel.

"Jika sesuatu penularan berlaku, ia membuatkan saya tertanya-tanya apakah jawapan mereka sekiranya saya bertanya tentang penularan tersebut, ini mencetuskankan idea dan konsep untuk Lahar Net.



Pink Azwan anggap program itu sebagai platfom untuk bongkar kebenaran.

"Program ini bukan untuk membesarkan api yang sedang marak tetapi untuk memberi ruang kepada mereka memperjelaskan perkara sebenar dan bukanlah membuat konklusi serta menghukum mereka," katanya.

Gandingan bersama Didie Alias atau dipanggil mummy oleh bukan sesuatu yang rumit bagi Pink kerana bantuan yang diberikan oleh pelakon itu juga membuatkan mereka mudah selesa sepanjang rakaman.

Saksikan 26 episod Lahar Net di Awesome TV di saluran 123, Astro dan 112, MyTV.

Penonton juga mengikuti perkembangan Awesome TV, melalui dikesemua akaun media sosial Awesome TV atau layari laman sesawang Awesome TV di www.awesometv.my.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain