suria

[VIDEO] Comel! Aiman Hakim, Zahirah MacWilson dedah wajah Isaac Raees selepas dua bulan dilahirkan

GENAP mencecah usia dua bulan, pasangan pelakon Aiman Hakim Ridza dan isteri, Zahirah MacWilson akhirnya berkongsikan nama dan wajah permata hati mereka buat tatapan umum.

Kedua-dua pelakon itu berkongsikan nama anak mereka, Isaac Raees serta foto eksklusif bayi itu ini di laman Instagram masing-masing pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Zahirah MacWilson, Aiman timang anak lelaki, teruja lalui pengalaman di bilik bersalin - “Ini hadiah terbaik yang pernah kami terima”

"Genap dua bulan usiamu anakku, Isaac Raees, daddy dan mummy akan sentiasa menyayangimu.

"Kami harap Isaac akan menjadi anak yang soleh, baik hati dan penyayang, jangan besar cepat sangat okey," kata Aiman.

Zahirah, 26, turut menitipkan kata-kata ucapan untuk anaknya itu yang mana dia mengharapkan Isaac akan membesar menjadi insan yang sihat, kuat serta baik hati.



Pasangan ini turut membuka akaun Instagram untuk Isaac Raees.

Kami harap Isaac akan menjadi anak yang soleh, baik hati dan penyayang, jangan besar cepat sangat okey.

AIMAN HAKIM

PELAKON



Serentak dengan itu juga, Aiman, 32, dan Zahirah turut membuka akaun Instagram anak sulung mereka, @Isaacraees dan setakat ini ia telah mengumpul lebih 6,000 pengikut.

Menerusi laporan mStar sebelum ini, Aiman mengumumkan Zahirah selamat melahirkan anak sulung mereka di Perth, Australia pada 5 Januari lalu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 20 Februari tahun lalu di sebuah premis acara di Damansara Perdana, Selangor.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain