suria

Dihina tiada 'job', Shuk Sahar jumpa pemuda serang gerai minuman - “Saya provok dia dengan kata-kata yang tidak sepatutnya”

Shuk dan pemuda yang menyerangnya sepakat untuk berdamai.

SUSULAN video memperlihatkan gerai minuman milik Shuk Sahar diserang seorang pemuda, pelawak itu akhirnya bertemu sendiri dengan individu berkenaan selepas kejadian itu berlaku.

Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar menerusi perkongsian video di laman Instagram memberitahu kedua-dua pihak sudah sepakat untuk berdamai.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Hot FM tamatkan kontrak Shuk Sahar, siasatan dalaman dapati pelawak ini bersalah

"Saya dah jumpa dengan brader ini yang datang masa saya tengah berniaga air... yang terbalik meja itu. Jadi, apa yang kami nak beritahu kita dah ambil keputusan untuk berdamai," kata Shuk.

Kita dah ambil keputusan untuk berdamai.

SHUK SAHAR

PELAWAK

Pelawak berusia 34 tahun itu juga mengambil langkah menutup ruang komen di perkongsian video tersebut gara-gara dikecam netizen yang menganggap insiden itu hanya gimik pamasaran sahaja.

Rabu lalu, Shuk memuat naik video yang memperlihatkan gerai minumannya di Wangsa Maju diserang seorang lelaki tidak dikenali tanpa sebab, malah individu itu turut menyindir pelawak itu tiada kerja sehingga terpaksa meniaga air di tepi jalan.

Tindakan individu tersebut menyebabkan bekas penyampai radio Hot FM itu bersama pembantu peribadinya iaitu Iskandar Nurzaman terpaksa menghentikan jualan mereka.

Dalam pada itu, pemuda yang tidak dikenali itu turut memohon maaf kepada Shuk dan Iskandar kerana bertindak sedemikian dan mengeluarkan kata-kata provokasi terhadap pelawak tersebut.



Shuk berniaga air bersama pembantu peribadinya,

"Bagi pihak saya... saya ingin minta maaf kepada Shuk dan Is. Saya provok Shuk macam-macam dengan kata-kata yang tidak sepatutnya saya cakap sebagai orang yang dewasa. Saya minta maaf sangat," kata individu tersebut.

Enggan memanjangkan isu tersebut, Shuk turut memohon maaf kepada pemuda itu kerana memuat naik video yang dianggap sudah membuka aib pelaku.

"Sebenarnya saya pun nak minta maaf juga. Saya pergi post video itu, benda itu membuka aib awak sehingga saya tengok ramai yang kecam. Saya ambil keputusan untuk bawa turun video tu.

"Itu sahaja nak beritahu, kes ini pun sudah selesai," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain